..................

trying 2bsimsucb4

Tuesday, November 16, 2010

Minyak Wangi Untuk Dia

Ini adalah apa yang pernah ku coret dulu….


Pada 5 Julai 2010, bertajuk Batas…

          aku seakan terlupa akan batas dalam persahabatan..

          setelah sekian lama baru aku tersentak...

          aku sangka bila aku tidak meletakkan garis dan perbezaan,

          mereka juga akan sama seperti aku...

          rupanya meleset...

          berulang kali aku diingatkan mengenai batas itu...

          tapi entah kenapa aku seakan leka...

          dan kini...

          sekali lagi aku diingatkan...

          dan aku mula terfikir...

          benarkah dalam erti sebuah persahabatan

          masih terdapat sejalur garis yang membezakan kita?

          berbezakah erti sahabat mengikut pangkat?

          berbezakah erti sahabat mengikut keturunan?

          berbezakah erti sahabat mengikut kekayaan?

          berbezakah erti sahabat mengikut rupa paras?

          jika benar ia begitu...

          aku silap kerana menganggap mereka sebagai sahabat...

          aku tersilap lagi....

          namun...

          aku hairan, mengapa perlu ada perbezaan itu?



Dan kini ia seakan ingin aku ulangi lagi….

Dengan penambahan…

          Telah ku belikan sebotol minyak wangi kecil…

          Harumannya adalah yang pernah dia sebut-sebutkan dulu…

          Sangat harum dan aku sukakannya…

          Dalam hati ku berdetik, ‘ mesti dia suka ni… dah lama kot dia mahukannya…’

          Lalu sekeping Rupiah10,000 ku hulurkan tanda berganti nilai dengan barangan…

          Namun entah kenapa semacam sayu pula bila aku teringat apa yang sudah berlaku…

          Lalu ku ulang lagi puisi yang pernah ku karang itu…

          Aku mungkin tidak sedar dan telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya…

          Lalu telah aku taipkan kata maaf…

          Aku mungkin telah terlanjur menganggap dia punya perasaan yang sama seperti ku…

          Mungkin benar apa yang dia taipkan untuk ku…

          Pun begitu, aku telah terlebih awal membawa hati ini jauh dari dia…
         
          Kerana serik tiap kali ingin bersahabat pasti aku diketepikan...

          Sahabatku tidak ramai, kerana aku tak mahu antara isi dengan kuku terselit sekeping kaca halus yang mengalirkan darah merah menjarakkan aku dan sahabatku....

          Dia tak perlu disakiti lagi…

          Dia tidak perlu mencari aku untuk dipersalahkan lagi...

          Dia tidak perlu menghadiahkan kemarahannya pada aku...

          Dia tidak perlu rasa terancam dengan kehadiran ku...

          Dia tidak perlu jadi yang dia tak sepatutnya jadi disebabkan aku...

Oleh yang demikian, dia tidak perlu memperlihatkan lagi bahagian hitam dalam dirinya yang pernah disingkap oleh sikap ku yang sungguh menjengkelkan...

          Kerana aku masih menganggapnya sahabat yang pernah berkongsi saat suka dan duka ...

          Walaupun dari kejauhan…

p/s:semua yang aku cari untuk dia adalah yang terbaik aku rasakan... namun begitu, minyak wangi itu aku pakai sendiri je kerana ia akan membuatkan aku mengingati keharuman budi bahasanya dan melupakan aroma yang tidak enak untuk dihadam oleh benakku. b gud, girl...

Monday, November 8, 2010

huhuhu...

bila kite hanya diperlukan di kala ada kepentingan tertentu sahaja...
mungkin hanya di musim gembira,
mungkin juga di musim duka...

namun yang pasti,
aku diingati hanya semasa diperlukan sahaja....

Sunday, November 7, 2010

Anugerah 2010

0501110...
Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Taska Cendekiawan 2010.
Sungguh aku tak menyangka dan sungguh terkejut tatkala terpandang nama Muhammad Aqil Ahnaf di tempat yang pertama bagi Pelajar 4 tahun...
Terkedu seketika...
Saat itu yang ingin aku lakukan ialah memeluk Aqil sekuat hati!!!
Namun apakan daya, Aqil harus bersedia untuk persembahan nasyidnya... lagu Sepohon Kayu... ngeeee...
Lagi sekali aku terkejut kerana, Aqil berdiri di hadapan sekali menjadi iman bersongkok emas...
Waaahhhh!!! Anak ibu!!!
Terharu, sedey dan gembira!!! Perasaan ini sungguh bercampur-campur dan sekaligus melenyapkan semua perasaan yang tak best...
Syukur alhamdulillah.... Terima kasih Allah atas anugerah yang tak terhingga hebatnya....!
Saat menanti nama Aqil dipanggil untuk mengambil hadiah adalah saat yang sangat mendebarkan.
Dah semacam aku yang nak kena naik pentas dan amek hadiah tu.
Aku berdiri betul-betul di depan pentas untuk merakam ganbar dengan perasaan yang sungguh berbunga-bunga...
Hingga kini perasaan ini sangat tak tahu nak digambarkan....
Apa yang ada sekarang adalah sesuatu yang di luar jangkaanku...
Namun ia sangat manis...
Kemanisan setelah kepahitan, kemasaman dan kemasinan ku telan...
Hanya yang terbaik buat anakku, Muhammad Aqil Ahnaf.
Semoga Aqil menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat...amin.....
Terima kasih Allah...
Aqil....

Jakarta - Bandung 2010

Melihat dan berada dalam suasana yang cukup berbeza buat aku terfikir...
Apa akan jadi sekiranya aku sememangnya di tempat di sini?
Bagaimanakah keadaan aku?
Siapakah aku sekarang ini?

Jakarta?
Bukanlah tempat pilihan untuk dijadikan kenangan terindah...
Kecuali untuk merasai nikmat membeli belah, di sinilah tempatnya...
Ataupun tempat untuk merasa azabnya kemiskinan, kesesakan, kekotoran dan kepayahan...
Bersyukur sangat aku dilahirkan di Malaysia.
Punya keluarga (no komen), anak (yang sangat comey), kerja (yang macam best), wang belanja (walaupun kadang sangkut), rumah (walaupun orang punyer), kereta (walaupun tak habis bayar), persekitaran yang agak selamat dan masih bersih (jika nak dibanding dengan kota Jakarta) dan keharmonian masyarakat.

Bandung?
Nyaman, agak tenang, agak bersih, agak mesra, pemandangan yang cantik dan udara yang bersih... Jauh berbeza dengan Jakarta... dan keIslamannya juga sangat ketara berbeza dengan kota Jakarta.
Tenang berada di sini.

Shopping adalah agenda utama rombongan kami, jadi tidak hairanlah tempat-tempat yang dikunjungi adalah berstatus pusat perniagaan.
Pening kepala melihat banyak sungguh barang dagangan...
Ditambah suara-suara yang memanggil-manggil "Belanja bu... belanja pa' "
Malahan ada saja mereka-meraka yang memaksa-maksa membeli barangan jualan mereka...
Adoiyaiiii!!!! Ini memang mendatangkan marah!!!

Tapi tabiklah pada mereka kerana mencuba sedaya-upaya untuk menjual dan aku pasti itu adalah untuk mencari rezeki. Sekurang-kurangnya ia adalah halal, walaupun caranya macam harem!!!
Seronok melihat gelagat yang bermacam... budaya yang jelas lain dengan rakyat Malaysia...

Memanglah benar kata orang, jauh berjalan luas pandangan...
Dan pandangan aku setelah pulang ke Malaysia - Aku bangga jadi anak Malaysia!!!

Perasaan

Melihat dia menangis kerana perasaan yang disakiti...
Melihat mereka kepanasan dek perasaan yang dibakar, marah tentang apa??
Melihat engkau merayu minta dibelai perasaan itu...
Melihat kamu dengan perasaan milikmu...

Apa yang ada pada sebuah perasaan?
Seandainya ia berada di tempat yang sepatutnya, wajarlah...
Sekiranya ia adalah sebaliknya, janganlah!

Kasih tertumpah pada dia yang memang wajar disayangi, bagus untuk sebuah persahabatan...
Namun, tatkala ia bertukar menjadi sakit yang dihurungi virus noda, ubatlah segera...

Cinta yang terpalit pada kamu, indah menarikan tarian sayang...
Pun begitu jika menyakitkan, cukuplah....

Kasih antara dia dan engkau patut berada di garis yang betul...
Kerana bagaimana sekalipun ia dipusing, diauta, ditukar dan didalih engkau tak layak untuk perasaan itu...

Lainlah aku...jika ada kamu...
Perasaan itu berada di tempat yang sepatutnya pada kamu yang sangat sesuai dilimpahi dengan perasaan ini...
Biarpun tidak perlu, tapi tidak menjadi salah jika aku masih begitu...
Oleh yang demikian, aku memang harap sangat perasaan ini jatuh di tempat yang sepatutnya dan selayaknya.
Aku tak perlu seperti engkau, melihat pada dia yang entah ke mana akhirnya kerana engkau tahu dari mana dia bermula....

Sengaja merelakan menyakiti diri sendiri, menangisi sepi dan berasa kasihan pada diri sendiri...
Apa yang engkau mahu sebenarnya nih?
Sungguh meloyakan!