..................

trying 2bsimsucb4

Saturday, September 25, 2010

Aqil |24092010|

Lebih kurang jam 12 tengahari aku mendapat panggilan dari nombor yang tak dikenali, rupanya Teacher Ina. Aku terhapuskan nombornya secara tak sengaja 2 mingu lepas.
"Puan, nak maklumkan Aqil ni tadi dia main dengan kawannya. Lepas tu kawannya terjatuh atas tangan dia. Kami nak tukarkan baju pun dia tak mahu. Dia tak nak gerakkan lansung tangannya. Kami risau pulak ni. Elok kalau puan datang tengok."
"Baiklah, cikgu. Kejap lagi saya sampai." kataku...
Sesampai di taska aku lihat Aqil duduk diam di kerusi sambil muka yang semacam. Aku suspek musti sakit sangat ni. Dia jadi sebak bila nampak aku. Aku pujuk dia untuk aku usik lengannya. Dia merengek dan mengatakan dia sakit. Aku dengarlah cerita dari Teacher Ina dan Teacher Idah. Kawannya yang bernama Syakirin jatuh atas tangannya semasa mereka bermain ala Ultraman. Yang pasti saat itu aku tak terdetik pun nak tahu lebih lanjut ceritanya atau nak menyiasat kerana yang elbih penting sekarang ialah merawat kesakitan.
Lalu aku bawa Aqil ke klinik yang berdekatan, Klinik Marissa. Doktor yang merawat mengatakan sikunya telah mula bengkak dan menyediakan surat untuk terus ke Kecemasan di Hospital Putrajaya. Aku terus ke hospital.
Di Bahagian Kecemasan putrajaya aku menunggu sampai rasa macam nak bengkak badan aku... Cuba bayangkan, dari pukul 1 hingga hampir pukul 2 aku dan Aqil menunggu di situ. Kata dah guna sistem untuk pendaftaran pesakit, tapi kenapalah lama sangat kami menunggu untuk diperiksa? Server down or network slow? Adoiyaiiiii... Sabo jelah...
Aqil siap tertido dan hati sapa yang tak sakit melihat anak dalam keadaan macam tu. Nak marah? Nak mengamuk? Kalau aku ni boleh bertukar menjadi hijau dan membesar 8 kali ganda, kompom aku mengamuk!!!! Geram sungguh!
Kemudian Aqil diperiksa dan diminta untuk X-ray... Cuba bayangkan ni pulak....
Nak ke Jabatan Pengimejan ambil masa lebih kurang 2 minit berjalan kaki secara perlahan dengan Aqil. Sesampai di sana, misi kata order untuk X-ray tak masuk lagi... Ha??? Nak pujuk hati  aku assume, memang lembab sistem diaorang ni!!
Proses x-ray pulak memang menyakitkan. Kerana Aqil perlu menggerakkan tangannya mengikut arahan juru x-ray. Macam ni la, macam tu la...adoiyaiiii... sabo je la... ader berapa keping papan yang di alas untuk tujuan itu. Lepas satu-satu... aderla dalam 6 keping... Itu kali pertama x-ray... Kemudian, kami diminta untuk kembali ke bahagian kecemasan untuk berjumpa doktor dan melihat keputusan x-ray. Tunggu lagi.....
Bila berjumpa doktor, doktor memaklumkan kami perlu melakukan pengimejan sekali lagi. Kali ini, perlu melibatkan tangan sebelah kiri juga. Untuk dibuat perbandingan.
Lagi 4 keping papan disediakan untuk tujuan itu. Pun selepas beberapa minit menunggu, sedangkan tiada pesakit lain pun ketika itu. Nasib baik, ader misi yang berinisiatif tinggi membantu memendekkan jangkamasa penungguan kami.
Akhirnya kami telah berjaya mendapat keputusan pemeriksaan pada jam 5 petang... cuba tolong bayangkan... pesakit tak ramai, ader dalam 3 ketul jer..tapi amek masa yang begitu lama... sebab tak cemas sangat ker pasal tu jadi macam ni? huh!
Semasa proses menyimen, doktor minta aku tunggu jauh sedikit kerana risau aku tak tahan melihat Aqil akan kesakitan. Memang nampka menyakitkan kerana tangan diangkat turun dan dipegang tika sakit. Tapi aku masih bertahan...
Selepas disimen, Aqil perlu di x-ray lagi... 2 keping papan menanti.
Akhirnya Jam 6 petang kami bergrak keluar dari Hospital Putrajaya yang dielngkapi dengan sistem yang lembab!
Khamis, 30 September 2010... Jam 9 pagi temujanji dengan pakar tulang di Hospital Putrajaya. Adoiyaiiii!!!
Aku rasa macam aku kuat... Aku tak mahu menangis... Aku kena hadapi semua ini... Jadi aku perlu tabah... Aku perlu yakinkan Aqil semua ini tiada apa2... Dan semua ini akan berlalu sekejap je... Aku takkan mampu menyakinkan Aqil dengan airmata... Jadi... Ibu bertabahlah!!!
Aku harap Aqil cepat sembuh dan tabah dengan semua ini. Aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini... InsyaAllah...
Terima kasih kepada teman yang sudi melarikan perasaan sedih ini dan Kamu yang menzahirkan prihatin...
Biarpun hanya sms, ia sangat memberi makna...



5 comments:

  1. salam ziarah...sampaikan salam buat si kecik tu..moga tabah senantisa...

    rahmat ALLAH ke atasmu..

    ReplyDelete
  2. aii.. kerajaan biasa laa.. lama tu tunggu drpd kul 1, kul 6be settle. xpe la.. yg penting aqil cepat sembuh. be strong ye pija. kita tau pija kuat..

    ReplyDelete
  3. isk3, nasib baik tak tukar warna hijau, dan membesar 8 kali ganda... Kalau tidak tentu keluar dalam berita, "Hospital Putrajaya musnah akibat dipijak raksasa hijau yang memakai tudung..." :-P

    Apapun, yakin ada hikmah yang Allah tentukan di sebalik setiap kejadian.. Allah knows good, better, best!!

    ReplyDelete
  4. Ahmad:salam...terima kasih dan insyaAllah.
    kakak Nani:KUAT BAGAI HARIMAU!!!AUUMMM...
    Alid:ngeee...tamolah...buatpe cr publisiti murahan cam gitu dak?...:P ..insyaAllah...Allah knows best!

    ReplyDelete
  5. Tengok pada gambar tu dia seorang anak yang tabah tu walaupun mengaum sekuat hati....

    ReplyDelete