..................

trying 2bsimsucb4

Saturday, July 31, 2010

...Sukan Tahunan Cendekiawan Educare...

Hari yang sangat mendebarkan dan menerujakan!!!
Setiba di kawasan temasya aku yang terasa macam excited sangat...
Berkali-kali aku pesan padanya nanti Aqil lari kuat-kuat tahu...
Kalau menang dapat hadiah, baru best!!!
Sungguhpun begitu aku cuma mahu dia merasai pengalaman ini...

Melihat dia bersama kawan-kawannya buat aku terharu...
Anakku ada kawan-kawan yang suka padanya...
Melihat dia memimpin tangan Hannah, buat aku rasa bangga...
Aku harap dia akan jadi seorang yang bertanggungjawab...
Melihat dia berarak bersama kawan-kawannya buat aku sebak...
Anakku dah besar!!!









Sepanjang temasya berlansung aku sangat tersentuh...
Aku tak sangka tiba juga hari ini...
Rupanya dah 4 tahun kami bersama...
Wow!!!
4 tahun yang sungguh bermakna!!!
4 tahun yang penuh perasaan...penuh kasih sayang...penuh suka...dan duka...
Namun begitu...4 tahun yang sangat aku hargai...syukuri...kerana aku berpeluang merasainya...
Alhamdulillah...

Aqil menyertai acara 'Lari Berhalangan'...
Sebelum itu, dia menangis...dan hanya mahu duduk bersamaku...
Pasti perasaannya terganggu kerana berada di sekeliling mereka yang agak asing...
Ditambah cuaca panas yang tidak selesa...
Dan aku tiada di sisi...
Pun begitu, setelah puas dipujuk...
Aqil mengambil tempat dalam barisan...
Berdebar aku menanti gilirannya...
Tapi yang terlihat di wajahnya hanya kerutan di dahi kerana menahan pancaran matahari...
Berkali-kali aku menyokongnya...
"Aqil lari laju-laju yer..." sambil menunjukkan ibu jari padanya...
Kali pertama dia cuma memandangku dengan kerutan...
Masuk kali yang kelima melihat aku dengan aksi yang sama...

Baru dia tersenyum dan mula kelihatan bersemangat...

Bila dia mula belari....
Tanganku yang terketar-ketar...
Berdebar tak hengat!
Sambil bersorak... sampai mereka yang ada berdekatan pun kenal Aqil...dan turut sama menjerit namanya..
Hahahaha... macam over lax aku...
Aqil perlu membuat 2 kali larian kerana ahli pasukan tak cukup...
Larian kedua sangat membanggakan... dia tampak yakin...
Memang hebat anak ibu!!!
Akhirnya, pasukan kuning untuk acara tersebut mendapat johan!!!
Menang!!!

Puas hati? Sangat-sangat puas hati!!!
Kerana...
Aqil berjaya mengharungi hari yang mungkin memberikan tekanan padanya...dengan jayanya...
Ibu bangga dengan Aqil...
Bukan kemenangan yang aku mahukan...
Aku cuma mahu dia kuat bersemangat menghadapi perkara yang jarang sekali dia lalui...

Ibu doakan kejayaan Aqil...
Agar sentiasa menjadi insan yang kental menghadapi dugaan yang ada...
Cemerlang di dunia dan akhirat...
Sayang Aqil sentiasa...selamanya...


Monday, July 19, 2010

begini...

begini mungkin lebih baek...
aku suke begini...
hanya aku, kami dan kamu...
walaupun kekadang kesunyian melanda...
namun aku tetap suka begini...
lebih aman...
lebih damai...
lebih perasaan...
mungkin kalau kekal begini semuanya akan kekal segar...
akan sentiasa mekar...
akan selalu bersinar...
kenyataannya aku memang sangat suka begini...
begini selamanya...
hanya aku, kami dan kamu...
tanpa dia...

Monday, July 5, 2010

batas...

aku seakan terlupa akan batas dalam persabatan..
setelah sekian lama baru aku tersentak...
aku sangka bila aku tidak meletakkan garis dan perbezaan,
mereka juga akan sama seperti aku...
rupanya meleset...
berulang kali aku diingatkan mengenai batas itu...
tapi entah kenapa aku seakan leka...
dan kini...
sekali lagi aku diingatkan...
dan aku mula terfikir...
benarkah dalam erti sebuah persahabatan
masih terdapat sejalur garis yang membezakan kita?
berbezakah erti sahabat mengikut pangkat?
berbezakah erti sahabat mengikut keturunan?
berbezakah erti sahabat mengikut kekayaan?
berbezakah erti sahabat mengikut rupa paras?

jika benar ia begitu...
aku silap kerana mengaggap mereka sebagai sahabat...
aku tersilap lagi....

namun...
aku hairan, mengapa perlu ada perbezaan itu?

Saturday, July 3, 2010

sekiranya kamu ada di sisi...

sekiranya kamu ada di sisi
aku harap keadaan akan jadi lebih baekkk...
sekiranya kamu ada di sisi
aku akan pasti kamu gembira...
sekiranya kamu ada di sisi
aku mahu kamu bahagia...
sekiranya kamu ada di sisi
aku akan berusaha menjadi lebih baekkk...
sekiranya kamu ada di sisi
aku mohon kita akan sentiasa bersama...
dalam susah, dalam senang...
kala sedih, kala gembira....
aku mahu ada di sisi kamu...
sentiasa di sisi kamu....
selamanya hanya di sisi kamu....