..................

trying 2bsimsucb4

Thursday, December 18, 2008

081217

siapa sangka?

dalam perjalanan hidup yang singkat ini telah dan mungkin juga bakal menemukan kita dgn perkara2 yang mendatangkan kesan yang cukup mendalam jauh di sudut hati...

tiap kali mata dibuka bagi meneruskan hari yang baru, kita akan melalui corak jalan yang berbeza dan meninggalkan jejak semalam...

tanpa disedari, kite telah melewati tembok2 monumen yang mencoretkan seribu satu kisah hidup kita...

apakah mungkin, jika kita berhenti seketika dan memulakan langkah baru sambil menghayati denai2 hidup, kita akan lebih menghargai setiap minit yang kita tinggalkan?

menghargai setiap mata yang menyapa,

menghargai setiap jiwa yang disentuh,

menghargai setiap rahmat yang dikurnia,

menghargai lopak yang menyebabkan kita jatuh?

kerana semua yang terjadi di sekeliling kita mempunyai pengertiannya tersendiri...

kenyataannya, bila semua itu berlalu pergi kita akan terasa seperti ditinggalkan...sedangkan perginya ia kerana kealpaan kite mengejar mimpi yang tak pasti...




@nuha

No comments:

Post a Comment