..................

trying 2bsimsucb4

Friday, May 15, 2009

Jem..

Seawal 7:35 kiteorg gerak ke Putrajaya dari Kajang menggunakan Lebuhraya SILK, dengan harapan dapat sampai seawal yang boleh dan mana tahu bolehla memarking kat basement...
Setiba je di Plaza Tol Sg Ramal, berderet kereta menunggu nak melepasi tol...selepas tol tu toksah ceritalah....apa yang boleh aku sebut time tu cuma..."Allahuakbar" ...hehehe...
Untuk melepasi palang tol tu je dah amik masa 10 minit, sebaik lepas je palang tol tu terpaksa lak menunggu selama 5 min, kemudian satu keputusan yang kononnya bijak diambil...
Signal ke kiri diberi...dengan harapan kereta di barisan sebelah boleh memberi ruang untuk melintas... Yang agak mengejutkan ialah, 2 buah kereta di barisan sebelah tu begitu sombong dan siap angkat tangan tak mahu bagi ruang laluan...padahal kalau tak bagi pun bukan boleh jalan...dah terang-terang kene berhenti...kiteorg tersekat kat situ sebelum diberi laluan melintas hampir 15 minit...
Memang mengejutkan sikap pengguna jalanraya yang lansung tak bertimbang rasa...cermin dah diturunkan untuk meminta laluan...tangan siap dilambai...takkan nak pakai speaker untuk memberitahu niat murni sekadar nak meminta ruang untuk melintas ke laluan kiri yang sememangnya bukan laluan yang direbut-rebut tu?
Sungguhpun begitu, masih ada yang mempunyai sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa serta yang boleh berfikir "out of the box" bila melalui keadaan yang sebegitu...
Akhirnya punch card dipunch pada pukul 9:15 pagi...itu pun dengan melalui beberapa jalan pintas yang juga sesak bagi mengelak dari beratur panjang untuk sampai ke simpang Putrajaya....tak tahu ini adalah tindakan yang bijak atau tidak...
Huh...sabar jelah...
Ini belum lagi menyaksikan orang yang berperasaan terperasan motor sebesar lori lagi....menunggang motor menggunakan lane kanan sekali...setiap hari di Lebuhraya ini juga la boleh menyaksikan pelbagai sikap pengguna jalanraya yang sungguh....entahlah....
ini belum lagi perhal di KL...huh!
Bukan nak kata diri sendiri pemandu yang baik, tapi nak buat sesuatu di jalanaraya yang bukan hanya diri sendiri je yang memandu memerlukan pemikiran yang waras dan kesabaran yang tinggi...tanpa itu semua, bersedialah menanggung akibat dek perbuatan sendiri tu....
Memang tak heran lansung kalau accident berlaku setiap hari, setiap jam...
Semoga kawan-kawan yang memandu dengan berhemah selamat dalam perjalanan pergi dan pulang, amin....


@nuha 









Tuesday, May 12, 2009

Ini...

Bagaimana irama memilih rentak,
Mengalun bersama mencipta lagu,
lentuk tari mengiring jejak,
Menanti saat musik dipalu...

Bagai menarik kesuraman sinar,
Menutup cahaya mengalas duka,
Akunya belas adakah benar,
Bukti terluka mengakhir kata...

Tatkala hakikat mula dicari..
Mengapa tergamak kasih dilupa...
Sedang sayang telah diberi...
Berkata maksud tiada bahgia...

Di mana letak ayat menyata,
Kini nafi bagai beraja,
Andai dulu tiadanya suka,
Mengapa hati tidak bicara...

Lengkapkah diri bila berfikir,
Menyalah dia bak hebat lah saya,
Menunding jejari perkecil takdir,
Sedang empunya tiada berkuasa...


Selaung kisah cerita segala,
Namun diri menanggung jua,
Biar berbuih bibir bicara,
Yang tahu jua hanyalah jiwa.


@nuha