..................

trying 2bsimsucb4

Saturday, December 27, 2008

DTP

Penuh pengertian dan inspirasi...

setiap jiwa yang hadir dalam hidup kite ada membawa bersama kesan yang tidak banyak mungkin sedikit...tetapi ia tetap memberi kesan...

'The foundation of SUCCESS regardless of your chosen field, is attitude'

untuk membina kemesaraan sebenarnya memerlukan teknik dan taktik...jika kene pada masa, tempat dan ayatnya, pasti berputik bunga-bunga kasih...

sebelum mengenali seseorang, tanyalah diri kita "kenalkah aku akan diriku?"

goals must be SMART...

"punca utama keretakan sesebuah hubungan adalah berpunca dari cara berkomunikasi..."

"an open ear is the only believable sign of an open heart"

"i hear and i forget, i see and i remember, i do and i understand"

"an action speaks louder than words"

"the best and most beautiful things in life cannot be seen or even touched. they must be felt with the heart"

@nuha

Thursday, December 18, 2008

081217

siapa sangka?

dalam perjalanan hidup yang singkat ini telah dan mungkin juga bakal menemukan kita dgn perkara2 yang mendatangkan kesan yang cukup mendalam jauh di sudut hati...

tiap kali mata dibuka bagi meneruskan hari yang baru, kita akan melalui corak jalan yang berbeza dan meninggalkan jejak semalam...

tanpa disedari, kite telah melewati tembok2 monumen yang mencoretkan seribu satu kisah hidup kita...

apakah mungkin, jika kita berhenti seketika dan memulakan langkah baru sambil menghayati denai2 hidup, kita akan lebih menghargai setiap minit yang kita tinggalkan?

menghargai setiap mata yang menyapa,

menghargai setiap jiwa yang disentuh,

menghargai setiap rahmat yang dikurnia,

menghargai lopak yang menyebabkan kita jatuh?

kerana semua yang terjadi di sekeliling kita mempunyai pengertiannya tersendiri...

kenyataannya, bila semua itu berlalu pergi kita akan terasa seperti ditinggalkan...sedangkan perginya ia kerana kealpaan kite mengejar mimpi yang tak pasti...




@nuha

Wednesday, December 17, 2008

Lanchang

kembali ke alam nyata...

pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Lanchang mendatangkan perasaan yang agak pelik...
hairan bagaimana seseorang boleh mendedikasikan diri, hati dan kehidupan di sini?

jauh dari segala-galanya yang selama ini dianggap 'kehidupan'...tp sebenarnya...

melihat kehijauan yang mengelilingi, diri bagai terapung2, xjejak di tanah...
perasaan berbelah bagi antara suka dan duka...
duka sudah tentu kerana berpisah dgn buah hati pengarang jantung yang seorang tu...Aqil Ahnaf.

tapi ternyata, pengalaman bersama ALAM amat berharga...
ditambah pula mengenali insan2 tabah yang bergelumang bersamanya...
bermesra bersama hidupan di dalammnya yang selama ini disangka ganas dan liar...
siapa sangka, gajah yang meliar di hutan bisa dijinakkan dan ia sememangnya mempunyai corak komunikasi yang cukup berkesan dan kasih sayang bagai insan?
hakikatnya xsemua manusia punya sifat sebegitu...

hati ini benar-benar tersentuh dan kagum dgn apa yang dilalui selama 4 hari ini...tp belum tentu dapat menandingi kekuatan hati insan2 di sini jika di suruh mendiami ruangan yang padat dengan penghidupan ini...

pasti akan kembali menjejakkan kaki ke sini, menjenguk realiti alam yang sepi namun cukup mendamaikan....



Monday, December 8, 2008

Masa

It took all the strength I had
Just not to fall apart.
I’m trying hard to mend
The pieces of my broken heart.
And I spent oh so many nights
Just feeling sorry for myself.
I used to cry.
But now I hold my head up high.

hidup ni bermain dgn masa, tiap kali bila kita tersedar pasti kita melihat jam dan "ala…cepatnyer masa!" kebetulannya kita mcm byk perkara nak fikir, nak buat o nak kata…tapi hakikatnya kita tak urus masa sebaiknya…tak guna secukupnya…tak hargai seadanya…

fasa kehidupan yang berubah berkehendakkan kita peka dgn masa yang berjalan sebelah kita… agar tak ditinggalkan atau terlalu terkedepan…masa meninggalkan kita dgn realiti yang kadang memuaskan hati, tapi tak kurang menyakitkan…mendahului masa byk membantu mempersiap diri dgn kejutan tapi kenyataan keputusan bukan kita menentukan…

bersedia…? b.e.r.s.e.d.i.a ke?!

tawakal…macam dah terlupa akan maksudnya. tapi

Dia lah segala2nya…Dia lah segala2nya…Dia lah segala2nya…

semoga masa yang di sebelah seiring bersama kita…


d_taj80