Lamaaaaaa sungguh tak mengepos kt ruangan ini, entah ada yang membaca entahkan tidak... Tapi Xkisahlah, sebab ruang ini gunanya untuk meluahkan rasa yang tak terluah kan...
Ada banyak perkara berlaku sejak post terakhir, tapi nampaknya macam ia berlalu begitu saja...
Namun, kali ini dek terkesan berkali-kali dengan stigma back stabbing (pukul belakang) yang acap kali berlaku malah oleh orang yang tak disangka-sangka pulak tu...
Kat mana-mana ada rupanya makhluk ni... 😅
Aku hairan, apa yang dia rasa bila buat macam tu kat orang ye?
Apa yang dia dapat selain dari melihat kesakitan orang lain ye?
Aku lebih kepada terkilan je... Sebenarnya buatlah macam mana sekali pun, klau dah kata akan kena perkara macam ni ia mungkin memang tak boleh dielak... Cumanya, satu pelajaran baru akan berlangsung... Dan penerimaan aku serta dia yang akan menimbulkan kesan.
Aku sangat rasa perlunya untuk berdepan dan bertanyakan KENAPA?
Tapi, kene ke?
Situasi:
Telinga mendengar satu perbincangan yang jelas berkaitan dengan kita, namun kita memilih untuk berdiam diri kerana perkara itu tidak ditanyakan secara berdepan dengan kita. Salah kah kalau kita yang tahu penyelesaian kepada perkara yang dibincangkan bertanya dan menawarkan diri untuk membantu?
Menjadi dosa ke kita membantu orang?
Kemudian kita dengan seronoknya bercerita kan situasi tersebut dan mencanang tindakan kita tanpa rasa bersalah bila dapat tahu masalah timbul kerana jalan penyelesaian yang Mereka ambil itu salah...
Menyedihkan! Tapi ini yang berlaku...