..................

trying 2bsimsucb4

Monday, August 25, 2014

Beza

Terdapat banyak perbezaan antara Manusia... Banyak juga perbezaan antara lelaki dan perempuan...
Begitu juga berbeza suami dan isteri...

Seorang isteri akan sanggup je menunggu suami balik walaupun lewat malam, walaupun mata dah merah menahan ngantuk, walaupun badan dah seharian keletihan...
Namun suami, tatkala sampai saja di rumah...
Paling dah cukup baek pon dia akan bertanya kenapa tak tidur lagi? Selalunya, suami akan terus saja masuk bilik buat hal dia sebelum masuk tidur. Tak kisah pun isteri tu akan tidur bersama atau tidak...

Seorang isteri yang dapat tahu suami sakit akan segera mencari ubat dan cuba menyenangkan suami... Walaupun hanya sakit mata.
Suami pula, sekadar bertanya... "Dah makan ubat? Pergilah berehat." dan mungkin menjauhkan diri atas alasan takut berjangkit. Tanpa peduli perasaan isteri yang perlukan seseorang lebih di kala kesakitan...

Seorang isteri akan menzahirkan kerinduan apabila berpisah atau berjauhan untuk beberapa ketika...
Tapi suami, mungkin anggap berjauhan adalah masa untuk menenangkan diri dan fikiran. Walhal, masa yang dia ambil untuk berjauhan itu seolah-olah pengabaian terhadap tanggungjawab menjaga keluarga...

Suami...
Klau masih hanya diri sendiri, kerja sendiri, masa lapang sendiri yang dikisahkan... Rumah, anak, dan keluarga diserahkan kepada isteri untuk fikir... Hmmm... Itu adalah kelemahan yang paling buruk dan kedayusan yang paling nyata!

Monday, August 18, 2014

Entah kenapa?

Entah kenapa apabila hampir tiba masa untuk bertemu, hati jadi gundah?
Entah kenapa apabila tiba yang ditunggu, hanya resah yang menjengah?
Entah kenapa apabila berada bersama, muncul rasa gelisah?
Entah kenapa perasaan indah yang dibayangkan seakan hilang ditiup kekecewaan?
Kenapa perlu rasa begini?
Ke mana pergi semua perasaan itu?
Apa yang telah terjadi?
Lalu, mengapakah apakah ini?

Yang nyata adalah rasa asing...
Seolah-olah bukan ini yang aku tunggu...
Tapi apa yang aku mahu?
Aku buntu.

Thursday, August 14, 2014

Mimpi...

Apa yang ada pada sebuah mimpi?
Benarkah ia cuma mainan tidur?
Atau petanda sebuah kejadian?
Atau sekadar igauan perasaan?

Apakah maknanya jika asyiknya mimpikan kamu?
Tatkala mata ditutup, kamu hadir dalam mimpi ini...
Wajah kamu, senyuman kamu, gaya kamu...
Dan bila mata dibuka, bayangan kamu jua yang menjadi peneman...

Masih bermimpi kah aku?
Namun, aku tak mahu berada di dalam mimpi yang baru sebentar tadi...
Kerana ia bukan mimpi yang mengasyikkan...
Ia membuatkan wajah ku basah dek tangisan dan hingga kini pon aku masih dilanda kesedihan... Berharap agar mimpi itu tinggal sekadar mimpi... Biarlah ia kekal di alam sana dan tidak kembali semula dalam bentuk apa rupa!

Wednesday, August 13, 2014

Rindu

Sesungguhnya rasa rindu ini amat dalam...
Amat terkesan...
Dan amat dirasai!

Tiada rasa yang mampu mengatasi rindu ini, bahkan rasa kasih dan rasa sayang hanya membuat perit kerinduan kian bertambah!

Hanya aku kah yang merasainya?
Hanya aku kah yang gundah melayaninya?
Hanya aku kah yang bergenang, menangisi rindu ini?

Namun, tiada apa yang boleh aku janjikan...
Tiada apa yang mampu aku tawarkan demi menjauhi situasi ini...
Situasi dilanda kerinduan yang amat sangat!

Semoga aku tabah dan sentiasa dikuatkan semangat menghadapi semua ini...