..................

trying 2bsimsucb4

Sunday, May 26, 2013

Alasan, sebab dan harapan

Aku punya ALASAN, SEBAB DAN HARAPAN untuk semua yang berlaku kini.
Aku masih berpijak di bumi nyata dan aku masih sedar siapa aku.
Aku sentiasa mengharapkan petunjuk dan hidayah dari Yang Satu.
Aku yakin ada sesuatu buat aku, kamu dan mereka.
Aku percaya tidaklah aku dibiarkan melalui semua ini jika ia tidak tertanggung oleh aku.
Pohon kuatkan semangat dan tabahkan aku...
Agar aku tidak terpesong dari kebenaran.
Andai panjang lagi perjalanan ini, permudahkanlah.
Andainya ia pendek, redhakanlah.
Amin.

Thursday, May 23, 2013

beza

sungguhpun kite punya rasa kasih sayang tapi pasti tak sama dengan rasa kasih sayang orang lain...
sungguhpun ada orang yang menyukai kite tapi pasti tak sama dengan orang lain yang menyukai kite...
biar betapa sama pon jenis perasaan itu namun rasa yang terbit di hati kite pasti tak sama dengan orang lain!
katalah aku sangat amat menyayangi kamu kerana...
kamu teman baek ku, insan yang satu satunya aku cari tak kira dalam suka atau duka, insan yang aku harapkan dalam semua hal, insan yang aku kenang dalam setiap hela nafas ku, insan yang aku ingin dampingi saban waktu, insan yang aku tunggu panggilan dan perkhabaran, insan yang aku serahkan dunia ku, insan yang aku panggil sayang di bibir dan di hati, dan insan yang genggaman tangannya mententeramkan jiwa...
namun begitu, rasa sayang yang ada di hati kamu untuk aku pasti tidak sama...pasti!

Wednesday, May 22, 2013

dulu

dulu...
aku inginkan perhatian dari seseorang...
dulu...
aku mahu akan ada dia yang menjadi kawan baek berkongsi cerita dan menemani tatkala suka mahupun duka...
dulu...
aku berharap akan ada dia yang akan teringatkan aku pada setiap hela nafasnya....
dulu...
aku impikan akan ada dia yang sama sama mahukan kebahagian, kegembiraan, keselesaan dan hubungan kekeluargaan yang mesra serta erat...
dulu...
aku nantikan peluang agar akan ada dia yang memimpin tanganku berjalan bersama...
dulu...
aku sentiasa berdoa akan ada dia yang bersama aku di dunia dan akhirat...
dan
dulu...
aku harap akan ada dia yang menjadikan aku sebagai insan yang terakhir dan dicintai dalam hidupnya...

Monday, May 20, 2013

kenal

hari ini Asfa Nadha, 5 bulan 9 hari...dah mula kenal ibu... bangga giler! aku memang tertunggu tunggu saat ini... masa Aqil Ahnaf pun macam tu jugak...
aku mahukan privellege sebagai seorang ibu iaitu apabila anaknya kenal dia dan hanya mahukan dia bukan orang lain... walaupun orang lain tu selalu bersama dia... saat yang pertama inilah antara saat saat yang sangat berharga dan tak mungkin aku lupakan kerana ia takkan berulang lagi dah...
hebat sungguh rasa jadi ibu ni!
alhamdulillah kerana aku berpeluang merasainya :)