ada masa aku terfikir...
sememangnya apa yang kite lihat tu kadang tak seperti yang kite rasa ia berlaku...
kite mungkin nampak dia berbuat sesuatu perkara yang kite rasa salah dan berasa seperti...
"aku takkan buat seperti apa yang dia buat, bengong! tak leh fikir ker? apa sajalah yang dia fikir tu? Kene ker?"
tetapi, akan tiba satu masa... secara tidak sedar kite sedang melakukan perkara yang sama dan bila dah berlaku barulah kite sedar ..
"eh, kenapalah aku sama je macam dia tu?"
adakah keadaan kite yang melakukan perkara yang kite rasa kite takkan lakukan adalah sama seperti dia? adakah berdasarkan alasan yang sama?
berfikir dan bertindak kekadang agak sukar dilakukan... sebab tu seringkali kite berdepan dengan dia yang bertindak sebelum berfikir dan bila perkara yang dilakukan itu adalah yang tak sepatutnya, barulah dia akan kata...
"sepatutnya aku tak buat macam tu"
atau jika dia lebih bijak, dia akan kata...
"kalaulah aku fikir elok-elok baru buat..."
keadaan aku...
aku selalu berfikir dulu sebelum buat sesuatu...dan bila aku bertindak, aku akan bersedia untuk menerima akibat dari perbuatanku... mungkin agak teruk, aku selalunya menjangkakan yang buruk dulu... jika aku dah cukup sedia, barulah aku bertindak. kekadang dia mengatakan aku lembab dan lambat bertindak... kekadang dia mendesak untuk aku bertindak mengikut permintaannya...walau macamana mendesak sekalipun, jika aku tak bersedia untuk terima akibat dari perbuatanku sendiri, aku takkan buat...berdalih adalah cara yang terbaik... namun, ia bukan penyelesaian...dan aku benci pada penipuan...lebih baik berkata tidak dari mereka ceritera yang bakal menghasilkan karya ngalahkan hikayat 1001 malam...
aku mudah terpengaruh dengan pemikiran orang, jika aku rasa ia logik dan boleh dibuat... mungkin agak tidak berpendirian, tapi praktisku... mengapa tidak? jika aku sendiri tidak pasti 100% cara ku dah cukup hebat dan hasilnya adalah superb...mungkin boleh saja aku terima cadangan dia agar aku tidak hanya bertindak dengan satu cara sahaja iaitu cara aku...lain kali, aku dah tahu cara mana yang lebih sesuai mengikut keadaan... bila berurusan dengan orang, adaption adalah agak penting... tapi, jika aku sudah pasti cara dia tidak menjanjikan apa-apa... pujuklah aku, aku akan tetap dengan kebodohanku jika itu yang dia fikirkan....
aku mudah terpengaruh dengan pemikiran orang, jika aku rasa ia logik dan boleh dibuat... mungkin agak tidak berpendirian, tapi praktisku... mengapa tidak? jika aku sendiri tidak pasti 100% cara ku dah cukup hebat dan hasilnya adalah superb...mungkin boleh saja aku terima cadangan dia agar aku tidak hanya bertindak dengan satu cara sahaja iaitu cara aku...lain kali, aku dah tahu cara mana yang lebih sesuai mengikut keadaan... bila berurusan dengan orang, adaption adalah agak penting... tapi, jika aku sudah pasti cara dia tidak menjanjikan apa-apa... pujuklah aku, aku akan tetap dengan kebodohanku jika itu yang dia fikirkan....
agak menjengkelkan bila, aku punya pendapatku... aku punya caraku... aku punya corak pemikiranku... aku punya perasaanku... aku punya pengalamanku... dan aku berhak atas setiap apa yang hendak aku lakukan untuk diriku. tetapi dia asyik dengan...
"ini tidak adil, saya bantah Yang Arif!"
padahal, ikut kata hatiku ini...
"aku peduli hapa?!"
atau...
"ada aku kesah?!"
"kene ker?"
"kene ker?"
sungguhpun begitu, aku masih punya adab... tak mungkin aku ludah semua tu kat muka dia, walaupun aku rasa patut... cuma, aku amat berharap agar aku tidak menjadi sepertinya yang amat mudah menilai orang lain dan berfikir (fikir ker?) seperti - pendapat dia adalah yang terbaik untuk dirinya dan orang lain. hebat!!!
kemudian...
paling menyakitkan hati, bila kata-kata aku dibuat main jer... bila aku berkata...
"kena fikir elok-elok sebelum buat keputusan"
dia menjawab...
"fikirlah ni, tapi hal lain... esok lusalah fikir hal tu...muahahaha!"
hmmm...
apa yang boleh aku terfikir dengan kadar yang agak singkat ialah...
"dia ni giler ke hapa? kan ke tengah bincang ni...dibuat main pulak? ader ke patut? aku hempuk jugak dia ni kang!!!"
tapi bila ader masa terluang, aku akan terfikir semula...
"mungkin dia nak menghilangkan ketegangan yang sedang melanda dan tak mahu hal itu dipanjangkan...dan itu adalah cara dia menangani konflik. walaupun mungkin tak berapa mujarab, tapi siapa kita untuk menilai hal itu? keputusan dari setiap tindakan adalah ketentuan Yang Esa... kenapa kite selalu memberatkan otak memikirkan kerja Dia? kang tak pasal-pasal kite akan terkata
"kenapalah berat sangat dugaan ni? apalah dosa aku? kenapa pulak aku yang kena?"
itu mungkin petanda kite tak redha...dan mungkin boleh membawa kepada kufur nikmat kerana kite mungkin telah terlupa kesenangan yang telah dikecapi...
tetapi mungkin dia yang suka buat lawak tak kena tempat tu sempat berfikir dulu, samada hal itu boleh dilawakkan dalam keadaan itu dan adakah sepadan dengan orang yang mendengarnya...mungkin itu boleh membantu untuk mengelakkan hal yang tak sepatutnya berlaku seperti, mengguris perasaan atau membuat orang menyangka dia tak matang dalam berkata-kata...
"harap badan je besar, harap je kuar universiti, harap je umur dah banyak, harap je rupa semart, harap je pakai kopiah, harap je muka comel, harap je keje gomen, harap je gred tinggi...tapi bercakap macam tu, kene ker? kasihan..."
tapi apapun...
siapa aku untuk menyemburkan semua yang aku fikirkan ini? hebat sangat ke apa yang aku fikir ni? kerana aku yakin, tiap yang kite nampak tu kalau baik pasti ada buruknya dan kalau buruk pasti ada baiknya... siapa aku nak menilai dia yang tercongok di depanku? hidup yang dia lalui kalaupun sama, tapi pasti tak serupa...
bukan aku mementingkan diri sendiri hingga boleh berkata...
"lantaklah dia nak buat apa! hidup dia sendiri tanggunglah! nak jadi badut ker? nak jadi bengong ker? nak jadi kambeng ker? jangan sampai nyusahkan aku sudah!"
aku akan lakukan apa yang termampu sahaja seperti berbuat sesuatu yang aku boleh buat...atau berkata dengan kata-kata yang aku boleh terfikir untuk katakan...atau paling teruk berdoa agar ditunjukkan jalan yang sebaeknya... aku bukan buta hati nak membiarkan calitan nista menghitamkan seluruh permukaan... cuma aku sedar kudratku setakat mana...dan aku lebih suka berfikir dulu sebelum berbuat sesuatu...
cuma...
mungkin untuk dia yang aku letak dalam senarai keutamaanku, aku menyanggupi semua tindakan selagi aku mampu lakukannya...jika dia berniat menganiaya aku...aku sedia terima apa saja akibatnya tanpa perlu berfikir panjang... tapi syukur, tak ramai yang boleh termasuk dalam hot list tu...kalau tidak... hancus la aku...muahahaha...
aku hargai semua yang hadir dalam hidup aku, aku hormati tiap jiwa yang pernah menyentuh hatiku... walaupun hadirnya dia tu banyak menyusahkan aku...kerana tak ada dia, taklah aku kenal adanya orang macam tu kat dunia ni... dan aku dah tahu macam mana nak bertindak, jika melalui dan berkenalan dengan orang yang sefesyen macam dia...but again... sama tak semestinya serupa... tawakaltualallah...semoga aku sentiasa tabah dan kuat menghadapi hidup ini...aminnnnnnn...
dan
untuk dia yang sangat menyenangkan aku, membuat aku ketawa, membahagiakan aku, memudahkan kerjaku, berbuat baik kepadaku dan sentiasa bersamaku tak kira susah atau senang...KAMU SUPERB!!! aku doakan yang terbaek untuk kamu...semoga Allah merahmati kamu dan memudahkan segala urusan kamu... panggil aku jika kamu perlukan pendengaranku untuk mendengar cerita kamu, penglihatanku untuk memerhati sesuatu bagi pihak kamu, perasaanku untuk berkongsi kesedihan dan kegembiraan kamu, kudratku untuk berbuat sesuatu untuk kamu dan apa saja yang boleh mengurangkan beban kamu...dan menerbitkan kegembiraan di hati kamu... tetapi jika kamu tak selesa denganku, carilah dia yang berupaya buat kamu tenang…cuma … aku nak kamu ingat… aku sentiasa ada di saat kamu memerlukan khidmatku… sungguhpun begitu, aku harap kamu sedar… aku hanya manusia biasa yang punya kepentingan sendiri... aku takkan abaikan keutamaanku dan perkara yang aku percaya lalu memilih kamu walaupun aku sayang kamu… dan aku akan sentiasa sayangkan kamu selagi kamu menyayangiku dan melayanku seperti kamu melayan seorang manusia dengan perikemanusiaan yang selayaknya aku terima... dan aku nak kamu tahu, aku akan cuba untuk fahami kamu apabila kamu memilih keutamaan kamu lalu aku diketepikan… jadi, aku mohon pada kamu agar maafkan aku jika aku melakukannya dan aku harap kamu cuba untuk faham…
aku, kite, dia dan kamu bukanlah nama sebenar. lontaran ini tiada kena mengena ngan sesapa yang hidup atau yang telah meninggalkan dunia ini (jika itu yang kamu anggap, silakan) bagi sesapa yang terkena, tangan ini akan bertanggungjawab dan maaf dipohon jika difikir ia sebagai satu kesalahan-fikir ker?