..................

trying 2bsimsucb4

Wednesday, July 31, 2019

Back stabber

Lamaaaaaa sungguh tak mengepos kt ruangan ini, entah ada yang membaca entahkan tidak... Tapi Xkisahlah, sebab ruang ini gunanya untuk meluahkan rasa yang tak terluah kan...
Ada banyak perkara berlaku sejak post terakhir, tapi nampaknya macam ia berlalu begitu saja...
Namun, kali ini dek terkesan berkali-kali dengan stigma back stabbing (pukul belakang) yang acap kali berlaku malah oleh orang yang tak disangka-sangka pulak tu...
Kat mana-mana ada rupanya makhluk ni... 😅
Aku hairan, apa yang dia rasa bila buat macam tu kat orang ye?
Apa yang dia dapat selain dari melihat kesakitan orang lain ye?
Aku lebih kepada terkilan je... Sebenarnya buatlah macam mana sekali pun, klau dah kata akan kena perkara macam ni ia mungkin memang tak boleh dielak... Cumanya, satu pelajaran baru akan  berlangsung... Dan penerimaan aku serta dia yang akan menimbulkan kesan.
Aku sangat rasa perlunya untuk berdepan dan bertanyakan KENAPA?
Tapi, kene ke?

Situasi:

Telinga mendengar satu perbincangan yang jelas berkaitan dengan kita, namun kita memilih untuk berdiam diri kerana perkara itu tidak ditanyakan secara berdepan dengan kita. Salah kah kalau kita yang tahu penyelesaian kepada perkara yang dibincangkan bertanya dan menawarkan diri untuk membantu?
Menjadi dosa ke kita membantu orang?
Kemudian kita dengan seronoknya bercerita kan situasi tersebut dan mencanang tindakan kita tanpa rasa bersalah bila dapat tahu masalah timbul kerana jalan penyelesaian yang Mereka ambil itu salah...

Menyedihkan! Tapi ini yang berlaku...

Sunday, April 30, 2017

Berubah

Nasib tidak akan berubah jika kita tak mengubahnya...
Kita tak kan dapat mengubah Orang lain untuk jadi seperti yang kita mahu, jadi ubah lah diri sendiri untuk dapat kan apa yang kita mahu...

Aku punya segalanya... Berlimpah kurnia dan anugerah dari Yang Esa.
Tak terhitung, tak terduga...
Tiap saat nak dihitung tidak terbilang dek detik putaran waktu...
Apa lagi yang aku perlu?
Tiada apa, cuma kehendak perasaan yang bercampur baur ingin dipenuhi...
Namun, jika ini sahaja santapan jiwaku...
Cukuplah...
Sememangnya ini sudah memadai buatku.
Kiranya ada lebihan di waktu ke depan, ku sambut menadah seluas depa...
Setiap hela nafas yang mengharapkan aku ini, aku baktikan sepenuh raga...
Akan aku pertahan hingga hujung nyawa...
Menyayangi, mengasihi, mendidik dan memimpin selagi ada dayaku...
Tiada apa lagi yang aku mahu selain dari Kamu, cahaya untuk aku harung alam kemudian.
Terangilah, gemerlap kan lah... Moga sinar kasih kalian sentiasa ada untuk ibu.

Tuesday, April 18, 2017

Bosan

Ada orang bila bosan dia main game...
Ada orang bila bosan dia tido...
Ada orang bila bosan dia main game lagi...
Ada orang bila bosan dia main game lagi dan lagi...
Ada orang bila bosan dia main game lagi dan lagi dan lagi dan lagi tanpa henti hingga terlelap dan bangun main game lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi mungkin sampai mati!

Aku bila bosan mungkin tido, mungkin main game, mungkin kemas rumah, mungkin lipat kain, mungkin buat kek, mungkin buat coklat berkekacang, mungkin upload post pasal bisnes kat FB, mungkin gi dok kat depan tengok tv, mungkin tengok criminal minds kat KODI, mungkin goreng Samosa Opah, mungkin buat air jus dari puri buah2an, mungkin cuci bilik air, mungkin sapu sampah dan aku memang tengah sangat bosan sebab aku boleh up post ni kat blog!!! 

Banyak juga sebenarnya yang boleh dibuat bila bosan... tambahan pulak ada banyak sebenarnya benda, perkara dan mereka di sekeliling kita.

Tapi kenapa ada orang hanya meilih satu perkara sahaja untuk dibuat tanpa mengira keadaan...nak makan, nak tidur, nak bawak kereta, nak menumpang kereta, nak shopping, nak berlibur di petang hari, nak naik lif, nak berak...hanya boleh main game ke?

bosan gile kut!!!

Friday, February 24, 2017

What a waste!

After all these years... Still...
What a waste!!

Sunday, January 15, 2017

Mati vs Hidup

Bila semasa hidup asyik mengadap benda mati... Kami yang hidup ni terasa seolah dah mati.
Adakah tatkala kami sudah mati, mahu meraung agar kami hidup kembali?
Tiada maknanya kehidupan kami ini, cuma mungkin dengan kematian baru kesedaran itu muncul.
Tapi, ia bakal menjadi jalan pengajaran yang susah.
It's your choice.

Monday, December 19, 2016

Rindu

Kadang tak sedar airmata mengalir... Sembab mata dah tiada beza...
Makin hari makin sayu...
Makin sebak dan sesak nafas ini merindu.
Menyesali perkara yang tak mungkin dapat diputar kembali.
Menangisi pemergian yang mendadak, tanpa pesan, tanpa sebab...
Menjauhi seakan benci...
Berpaling seolah tiada lagi rasa di hati.
Sedih dan gundah gulana.

Jika begini rasa kehilangan, aku harap tidak memiliki...
Jika begini rasa dikhianati, aku harap tidak mengenali...
Jika begini rasa dibenci, aku harap tidak pernah menyayangi.

Semoga gelita hati ini kian terang...
Semoga kesakitan hati ini kian pulih...

Berikan aku kekuatan... Agar aku mampu bangkit.
Berikan aku keyakinan... Agar aku mampu melangkah.
Berikan aku ketabahan... Agar aku mampu menolak emosi.
Berikan aku kesabaran... Agar aku mampu tersenyum lagi.

Kali ini paling sakit...
Kali ini paling perit...
Kali ini paling Sedih...
Kali ini paling pedih...

Aku sudah rebah tersembam ke bumi. Sedang cuba untuk bangkit bertongkat dagu.

Hampir saja aku mengalah, menyerahkan semua... Namun, kasihNya masih ada.
Dia alihkan pandangan ke luasnya alam... Buat aku sedar masih ada yang berpaut pada ku, makanya aku perlu bertahan. Aku perlu untuk bangun... Walau pun kini seinci aku cuba bangkit, seinci juga aku tergelincir dek kenangan. Malah, tika ini... Airmata ini bergenangan dan mengaburi penulisanku.
Tuhan, bantulah aku.

Saturday, December 17, 2016

Curi

Atas apa juga alasan, yang salah tetap salah. Yang haram tetap haram.
Mencuri adalah salah, biar pun niatnya murni. Kenapa perlu pilih nak mencuri? Kenapa nak juga buat perkara yang salah? Kurang pelajaran? Itu adalah pengetahuan am kut?! Mencuri dosa. Semua mak mesti pernah beritahu kat anak bahawa mencuri berdosa, nanti kena potong tangan! Kalau budak hingusan yang mencuri mungkin masih boleh diberi muka, hukumlah sikit. Tapi ni bila dah tua bangka, nak mampus... Masuk bilik orang, selongkar laci dan curi duit RM200... Apa agaknya yang ada dalam kepala otak si tua bangka tu ek? Adehlaaaaa... Solat tonggang tonggek, kupiah atas kepala 25jam pun tak menjamin hati tu bersih! Nak nak duit banyak diperabih ke judi, tengok nombor 27jam!
Mujurlah orang tua... Kalau tidak, entahlah...
Jangan jangan... Duit yang selama ni asik hilang je, adalah angkara si tua bangka tu!