..................

trying 2bsimsucb4

Wednesday, January 22, 2014

Baru...

Masih belum terlambat lagi rasanya untuk diucapkan selamat datang tahun baru 2014....
Selamat Datang Tahun 2014...
dan...
Selamat Tinggal Tahun 2013!

Ada banyak perkara yang berlaku, berlalu dan bakal berlaku... well, hidup mesti diteruskan!

Tak banyak yang berubah...
Hanya...
Umur aku dah naik setangga lagi dan masa kian hampir ke penghujungnya...
Anak-anak kian besar dan bermacam ragamnya...
Keluarga kecil aku kian besar dan insyaAllah akan bertambah... lagi...(harap ini yang terakhir...muahahaha...)
Perasaan kian dalam dan kian sayang...
Mak, ayah dan saudara mara makin tua dan terasa agak berjauhan...
Cumanya...
Matlamat dan tujuan aku untuk terus hidup masih lagi sama...
Mahu lebih masa bersama insan-insan tersayang dan memberi yang terbaek yang boleh aku berikan setiap hari.
Aku tak punya keinginan lain...
Aku tak punya impian untuk menyumbang sesuatu buat komuniti, masyarakat, negara dan dunia...
Aku hanya mahu keluarga aku...
Aku hanya ingin berdampingan sentiasa dengan keluarga selagi waktu mengizinkan aku...
Kerana setiap hari, setiap kali mata terbuka lagi untuk kesekian harinya... aku semakin risau bakal berjauhan dengan mereka yang semalam duduk semeja makan bersama...
Aku harap, andai malam ini adalah yang terakhir aku bersama kamu, dia dan mereka...
Biarlah ia adalah malam yang bakal dirindui dan diingati dengan kemanisan...

Aku, di sebelah yang satu lagi masih lagi mengharapkan cahaya agar aku menjadi lebih baek...
Aku harap sangat untuk jadi lebih baek dan lebih baek...
Entahlah...
Ia bagai setipis kulit bawang...
Bagai seringan kapas dan berterbangan menghilang...
Bagai embun yang mengering tiap kali disinari mentari...
Adehlaaaa...
Macam ni????



Tuesday, October 22, 2013

Mana hebatnya?!

Aku tak faham!
Kenapa nak kene isap rokok?
Kat mana bagusnya isap rokok tu?
Kat mana hebatnya menghisap rokok?
Kat mana khasiatnya asap rokok?

Yang aku nampak cuma kebodohan!
Dah lah rugi...
Sia-sia pulak tu!
Membazir duit!
Menyakit tubuh badan!
Menyakitkan orang lain!
Pengotor!
Berpenyakit!
Busuk!
Pentingkan diri sendiri!

Kalau dah nak mati sangat, kenapa tak terjun bangunan je?
G berdiri kt tengah jalan biar kena langgar dek lori!
Klau dah nak sangat bini tu jadi balu, ceraikan saja!
Apsal nak tunggu lama2?
Klau dah banyak sangat duit tu, bakar je la terus buat apa beli rokok pastu bakar jugak jadi abu?!
Rokok ko hisap 10-20 batang sehari sampai dah jadi darah daging (jadi ke? Ke dah musnahkan darah daging ko??) tapi arak, babi xde Pulak ko nak telan kan?
At least benda tu x de lah boleh buat orang lain susah!
Tak pasal2 orang lain dapat sakit pasal sikap bongok dan pentingkan diri sendiri ko tu!
Dahlah batuk Kong keng... Kong keng! Memekak je!
Pastu ko langsung tak fikir orang lain kan?
Ko tawu perut ko je kan?
Ko tau nak layan craving ko je kan?
Tu manusia yang nak hidup sihat, xnak jatuh sakit, xnak duit habis beribu sebab kena masuk wad disebabkan terpaksa hidu asap rokok garam ko tu langsung ko tak peduli kan?
Ngan Bayi pon ko xde hati perut kan?
Suka ati selamba bongok ko je isap dekat bayi tu kan?
Isteri ko komplen pasal asap busuk dan buat dia lemas n sakit dada pon ko tak heran kan? Ko memang nak dia mati ke? Apsal tak tikam je?
Ko bangga gile kan dapat isap rokok tengah orang ramai?
Ko rasa hebat ke?
Padahal aku yang tak berapa cerdik ni pon boleh nampak sangat kebangangan ko yang dah sama taraf dengan cipan!

Seriesli aku sangat menyampah, meluat, benci, marah, geram gile dengan orang bongok yang suka sangat buat perkara haram, bangang, kotor, penyakit, sia-sia iaitu MEROKOK!

Sedarlah sikit rupa ko buruk gile masa isap benda tu! Serius buruk ngalahkan mawas!

Tuesday, September 24, 2013

Penyesalan...

seringkali kite terlupa akan dia yang ada di sisi...
seringkali kite tidak peduli kehadiran dia yang memenuhi hampir semua keperluan kite...
seringkali kite mengabaikan perasaan dia yang sentiasa mengingati kite...
seringkali kite tidak perasan kedukaan dia yang asyik merindui kite...
seringkali kite membuang masa tanpa mencuba untuk bersama dia...
seringkali kite tidak hairan dengan usaha dia menghiburkan hati kite...
seringkali kite menyalahkan dia atas kesilapan kite...
seringkali kite tidak menghargai masa, daya dan penantian dia yang ingin kite bersama.

bila tiba ketika itu...
bila tiba ketika dia melangkah pergi meninggalkan kite...
bila tiba ketika tiada lagi ruang untuk kite bersama dia...
bila tiba ketika semua yang dia lakukan bukan lagi untuk kite...
bila tiba ketika hati, fikiran dan masa dia bukan lagi untuk kite...
bila tiba ketika kasih sayang, kerinduan dan ingatan dia tiada lagi kite...
bila tiba ketika insan lain yang berada di sebelah dia...
bila tiba ketika bukan tangan kite yang menjadi alas tidurnya.

akan muncullah kenangan bersama...
akan hadirlah penyesalan atas kealpaan...
akan tibalah kerinduan...
akan menyapalah kekosongan...
akan menyelubungilah keresahan...
akan terasalah kebodohan...
akan terfikirlah kekurangan...
akan cairlah keegoan.

tapi tatkala tiba titik itu...
tak perlu lagi semua kata-kata kamu...
tak perlu lagi semua kekesalan kamu...
tak perlu lagi semua kesedihan kamu...
tak perlu lagi semua kerinduaan kamu...
tak perlu lagi semua keresahan kamu...
tak perlu lagi semua kasih sayang kamu...
tak perlu lagi semua kebodohan kamu.

kamu tidak akan sedar semua itu bila semuanya sudah terlambat...
kamu tidak akan sedar yang dia mahukan hanya hati kamu yang tulus menyayangi dia,
masa kamu yang usahakan untuk bersama dia,
perhatian kamu untuk sedar perubahan dia,
kata-kata kamu untuk mengingatkan dia,
sentuhan kamu untuk dia sedar betapa kamu amat menyayangi dia,
pandangan mata kamu untuk membuatkan dia tahu kamu akan sentiasa memikirkan dia,
panggilan kamu untuk dia tahu kamu sentiasa memikirkan dia.

Monday, September 23, 2013

When I Was Your Man... Bruno Mars

Same bed, but it feels just a little bit bigger now
Our song on the radio, but it don't sound the same
When our friends talk about you all that it does is just tear me down
Cause my heart breaks a little when I hear your name
And it all just sound like uh, uh, uh

Hmmm too young, too dumb to realize
That I should have bought you flowers and held your hand
Should have gave you all my hours when I had the chance
Take you to every party cause all you wanted to do was dance
Now my baby is dancing, but she's dancing with another man.

My pride, my ego, my needs and my selfish ways
Caused a good strong woman like you to walk out my life
Now I never, never get to clean up the mess I made
And it haunts me every time I close my eyes
It all just sounds like uh, uh, uh, uh

Too young, too dumb to realize
That I should have bought you flowers and held your hand
Should have gave all my hours when I had the chance
Take you to every party cause all you wanted to do was dance
Now my baby is dancing, but she's dancing with another man.

Although it hurts I'll be the first to say that I was wrong
Oh, I know I'm probably much too late
To try and apologize for my mistakes
But I just want you to know
I hope he buys you flowers, I hope he holds your hand
Give you all his hours when he has the chance
Take you to every party cause I remember how much you loved to dance
Do all the things I should have done when I was your man!
Do all the things I should have done when I was your man!

Monday, September 9, 2013

Ketenangan

Semoga kamu berjumpa dengan apa yang kamu cari...
Semoga tenang kamu di sana...
Semoga tiada apa lagi yang kamu perlukan  selepas di sini...
Semoga setiap kenangan dan ingatan ini menjadi doa buat kamu...
Sayang selalu...

Thursday, September 5, 2013

Berganti Hati....Anggun...

Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati
Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati
Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti...

Monday, September 2, 2013

Buhsan

Ada banyak perkara yang sedang mengambil tempat dalam hidup aku...
Perkara baru... Perkara lama... Perkara sama tapi tak serupa...
Kian hari kian penuh...
Makin lama makin sesak...
Membuatkan aku rasa rimas, menyampah, meluat, marah, sedih, benci dan sakit!
Hal-hal yang dahulunya merupakan sempadan sebelum kebencian kini menjadi rutin dan menyesakkan fikiran.
So damn annoying!
Aku tak tahu kenapa aku tergamak menjejakkan kaki ke ruang ini?
Semuanya tampak baru tapi apa yang aku rasa semakin lama semakin sama dan melemahkan semangat aku untuk meneruskannya...
Stress!!!
Apa yang ada untuk aku di sini?
Apa yang akan aku hadap lagi selepas ini?
Apa yang bakal aku raih kemudian nnt?
Sesungguhnya aku mahu berhenti dan bermula semula...
Kali ini biar aku dengan hidup aku dan mereka dengan hidup mereka!