Apabila diuji dengan pelbagai perkara adakah kite pernah terfikir sejenak sebelum bertindak?
Dalam bab menegakkan hak kite sebagaimana yang kite fikir kite berhak, pernah ke kite terfikir sejenak bahawa hak yang kite fikir hak kite tu sebenarnya bukan hak kite?
Betul ke ada hak kite yang sememangnya hak kite tanpa boleh dikaitkan dengan bahagian orang lain?
Baju yang kite pakai memang hak kite, kalau dah kite yang memilihnya dan membelinya dengan duit kite sendiri… tapi apabila ia terkoyak dek perbuatan orang lain, tak terfikir ke kite mungkin ia sebenarnya ada secebis hak orang lain yang secara tak sedar kite terambil? Mungkin ada pakaian orang yang kite terkoyakkan atau terkotor, maka ia dikira sebagai ‘denda’ kepada kesilapan dan kesalahan kite… Atau mungkin ada duit orang lain yang secara tak sedar kite dah tersimpan dan guna untuk beli baju tu?
Boleh ke berfikir begitu?
Jika tuntutan perjalanan kite terkurang atau terlambat atau tak dapat langsung, boleh ke kite fikir begini- mungkin ini adalah bayaran bagi perkara yang aku ‘curi’ semasa kerja. Bahagian yang bukan aku punya…
Boleh ke berfikir begini?
Maka dengan berfikir begitu, sepatutnya hati kite akan lebih tenang dan redha dengan segala yang terjadi.
Tapi, boleh ke hanya redha dengan semua yang berlaku?
Mungkin boleh jika kite telah pun berusaha untuk mendapatkan perkara yang kite rasa hak kite tu, tapi apabila setelah sampai ke satu tahap mungkin adalah lebih wajar kite berhenti seketika dan… redha.
Mungkin ke aku terlalu redha je dengan apa yang berlaku maka semua perkara yang aku rasa macam hak aku tu semua berlalu pergi… menjadi hak orang lain yang aku rasa lebih berhak? Berhak ke mereka?
Hmmm…
Bukan aku yang memutuskan siapa yang berhak atas perkara yang mereka rasa mereka berhak…
Yang aku tahu, aku cuba dan berusaha… Andai ada bahagian untuk ku… Dapatlah aku merasanya… Andai bukan ditakdirkan untuk aku, elok biarkan saja ia pergi…
Tapi takdir ku, aku yang ubah… Maka, persoalannya sekali lagi perlu ke aku sehabis mampu, sedaya upaya dan bermati-matian mendapatkan perkara yang aku rasa hak aku?
Sehingga mungkin menerbitkan simpati dalam hati orang lain atau meloyakan mata yang melihat atau mencebikkan mulut mereka yang mendengar?
Aku risau,…
Jika aku berpuas hati dengan apa yang aku miliki, adakah Allah akan berpuas hati?
Jika aku mendapat apa yang aku rasa aku berhak, mungkin akan ada mereka yang terlepas hak mereka dek kerana aku?
Hmmmm…
Perlu ke aku fikir semua ni?
Boleh ke aku teruskan saja hidup ku, sebagaimana yang aku rasa aku nak dan berhak…
Boleh kot…
Ngeeeee….
..................
trying 2bsimsucb4
Tuesday, October 12, 2010
Thursday, October 7, 2010
30@071080
Semoga aku lebih tabah dan tenang menghadapi hidup ini...
Dan semoga hidup yang aku cuba lalui ini berhasil...
Lalu menempatkan aku di kalangan hamba-Nya yang solehah...amin...
...
Monday, October 4, 2010
Yang Kutahu Cinta Itu Indah
Tak Pernah Aku Membayangkannya
Bila Insan Sedang Patah Hati
Kali Ini Ku Rasakan Sesungguhnya
Siang Hariku Bagaikan Malam
Pelangipun Berwarnakan Kelam
Inikah Yang Dinamakan Patah Hati
Tak Ingin Kujalani Cinta Yang Begini
Yang Kutahu Cinta Itu Indah
Dan Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang
Kumau Kau Tetap Disisiku
Siang Hariku Bagaikan Malam
Pelangipun Berwarnakan Kelam
--Afgan--
Dalam setiap bicara terselit perasaan yang sangat indah
Dalam tiap pandangan tersirat cinta yang kian menebal...
Dalam sekuntum senyuman terkandung rindu yang terlalu mendalam...
Kamu yang di situ bukan untukku...
Nyatanya luka ini mengalir darah yang membawa pergi sebuah harapan...
Kamu berlalu...
Biarpun kelihatan,
Namun terlalu sukar digapai...
Ku harap hadirku di sini dirasai...
Biarlah aku di tempatku...
Menatap Kamu...
Merasa wujudnya Kamu...
Pun begitu bukan untuk mengganggu...
Maafkan aku yang akan selalu merindui Kamu...
Dan sentiasa menyayangi Kamu...
Cahaya Hidupku...
Matahariku...

Saturday, September 25, 2010
Aqil |24092010|
Lebih kurang jam 12 tengahari aku mendapat panggilan dari nombor yang tak dikenali, rupanya Teacher Ina. Aku terhapuskan nombornya secara tak sengaja 2 mingu lepas.
"Puan, nak maklumkan Aqil ni tadi dia main dengan kawannya. Lepas tu kawannya terjatuh atas tangan dia. Kami nak tukarkan baju pun dia tak mahu. Dia tak nak gerakkan lansung tangannya. Kami risau pulak ni. Elok kalau puan datang tengok."
"Baiklah, cikgu. Kejap lagi saya sampai." kataku...
Sesampai di taska aku lihat Aqil duduk diam di kerusi sambil muka yang semacam. Aku suspek musti sakit sangat ni. Dia jadi sebak bila nampak aku. Aku pujuk dia untuk aku usik lengannya. Dia merengek dan mengatakan dia sakit. Aku dengarlah cerita dari Teacher Ina dan Teacher Idah. Kawannya yang bernama Syakirin jatuh atas tangannya semasa mereka bermain ala Ultraman. Yang pasti saat itu aku tak terdetik pun nak tahu lebih lanjut ceritanya atau nak menyiasat kerana yang elbih penting sekarang ialah merawat kesakitan.
Lalu aku bawa Aqil ke klinik yang berdekatan, Klinik Marissa. Doktor yang merawat mengatakan sikunya telah mula bengkak dan menyediakan surat untuk terus ke Kecemasan di Hospital Putrajaya. Aku terus ke hospital.
Di Bahagian Kecemasan putrajaya aku menunggu sampai rasa macam nak bengkak badan aku... Cuba bayangkan, dari pukul 1 hingga hampir pukul 2 aku dan Aqil menunggu di situ. Kata dah guna sistem untuk pendaftaran pesakit, tapi kenapalah lama sangat kami menunggu untuk diperiksa? Server down or network slow? Adoiyaiiiii... Sabo jelah...
Aqil siap tertido dan hati sapa yang tak sakit melihat anak dalam keadaan macam tu. Nak marah? Nak mengamuk? Kalau aku ni boleh bertukar menjadi hijau dan membesar 8 kali ganda, kompom aku mengamuk!!!! Geram sungguh!
Kemudian Aqil diperiksa dan diminta untuk X-ray... Cuba bayangkan ni pulak....
Nak ke Jabatan Pengimejan ambil masa lebih kurang 2 minit berjalan kaki secara perlahan dengan Aqil. Sesampai di sana, misi kata order untuk X-ray tak masuk lagi... Ha??? Nak pujuk hati aku assume, memang lembab sistem diaorang ni!!
Proses x-ray pulak memang menyakitkan. Kerana Aqil perlu menggerakkan tangannya mengikut arahan juru x-ray. Macam ni la, macam tu la...adoiyaiiii... sabo je la... ader berapa keping papan yang di alas untuk tujuan itu. Lepas satu-satu... aderla dalam 6 keping... Itu kali pertama x-ray... Kemudian, kami diminta untuk kembali ke bahagian kecemasan untuk berjumpa doktor dan melihat keputusan x-ray. Tunggu lagi.....
Bila berjumpa doktor, doktor memaklumkan kami perlu melakukan pengimejan sekali lagi. Kali ini, perlu melibatkan tangan sebelah kiri juga. Untuk dibuat perbandingan.
Lagi 4 keping papan disediakan untuk tujuan itu. Pun selepas beberapa minit menunggu, sedangkan tiada pesakit lain pun ketika itu. Nasib baik, ader misi yang berinisiatif tinggi membantu memendekkan jangkamasa penungguan kami.
Akhirnya kami telah berjaya mendapat keputusan pemeriksaan pada jam 5 petang... cuba tolong bayangkan... pesakit tak ramai, ader dalam 3 ketul jer..tapi amek masa yang begitu lama... sebab tak cemas sangat ker pasal tu jadi macam ni? huh!
Semasa proses menyimen, doktor minta aku tunggu jauh sedikit kerana risau aku tak tahan melihat Aqil akan kesakitan. Memang nampka menyakitkan kerana tangan diangkat turun dan dipegang tika sakit. Tapi aku masih bertahan...
Selepas disimen, Aqil perlu di x-ray lagi... 2 keping papan menanti.
Akhirnya Jam 6 petang kami bergrak keluar dari Hospital Putrajaya yang dielngkapi dengan sistem yang lembab!
Khamis, 30 September 2010... Jam 9 pagi temujanji dengan pakar tulang di Hospital Putrajaya. Adoiyaiiii!!!
Aku rasa macam aku kuat... Aku tak mahu menangis... Aku kena hadapi semua ini... Jadi aku perlu tabah... Aku perlu yakinkan Aqil semua ini tiada apa2... Dan semua ini akan berlalu sekejap je... Aku takkan mampu menyakinkan Aqil dengan airmata... Jadi... Ibu bertabahlah!!!
Aku harap Aqil cepat sembuh dan tabah dengan semua ini. Aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini... InsyaAllah...
Terima kasih kepada teman yang sudi melarikan perasaan sedih ini dan Kamu yang menzahirkan prihatin...
Biarpun hanya sms, ia sangat memberi makna...

Wednesday, September 22, 2010
segalanya ku terima
Aku yang kehilangan|Dalam diri sendiri|Terkurung dalam bayanganmu|Gelak ketawa engkau|Bagai bertahun dulu|Menyeretku ke syurga kita|Itu mimpi yang terkenang|Membuat aku terbuang|Tika memapah semangat|Yang masih ada|Cerita silam ini|Menjadi racun bisa|Dan kini aku pun melara|Terlemas di dataran|Dilambung ombak hidup|Pun aku masih menantimu|Akan tersingkapkah cinta|Yang telah sekian lama|Kita dodoikan bersama|Di mimpi ngeri|Biarpun masih tergagah|Menjulang cinta yang patah|Sebenarnya aku kesepian|Dan aku masih cinta|Diri ini penuh luka|Yang tidak akan tertutup|Meskipun ada pengganti|Seiras wajah
--ilusi--
Monday, September 13, 2010
Rindu Aqil
Rindunya pada Aqil!
Saat ini aku bersendirian dan seperti biasa sedang mengenang nasib diri yang aku pilih.
Perit sungguh! Habes lemah akal fikiran dan jasadku..
Tiada apa untuk dikesali,cuma aku terfikir sampai bila keadaan ini akan terus mengiringiku?
Apa yang perlu aku lakukan?
Jalan mana pula harus aku ambil?
Dan corak apa patut aku lakarkan nanti?
Pengganti?
Wow! Cadangan yang sentiasa terngiang2 kt telinga,ditapis dan masih ditepis agar tidak masuk menyentuh hati.
Tak mahu?
Entahlah..
Serik lagi kot?
Aku masih penat tiap kali teringat memori kisah luka.
Belum ada kekuatan dan kepercayaan untuk masuk gelanggang memperjudikan nasib,menyerah diri untuk diperkotakkatikkan oleh spesis homosapien yang berjenama suami..
Sebab jenama suami memang banyak,cuma nak cari originel dah kehabisan stok. Yang ada ni pun banyak keluaran rejek shop. Tak pun bundle.. Yang elok banyak yang orang punya.
Bak kata Anuar Zain 'All the goods has taken'..
Tinggal Anuar Zain je ni ha.. Bilala akan tercapai impian ni! Oh,abang Nuar..
Tapi,klau dapat Kamu yang dok kat kampung,ada tanah sendiri,ada kolam ikan,ada reban ayam,kebun sayur kat tepi umah,buat keje kampung,tak tua sangat dari aku,ensom sket pun takpe,baek,sopan,bertanggungjawab,gi surau bila masuk waktu,dan rajin..kompom aku on jer..ngeee..
Tapi perlu dipastikan, Kamu kena sayang Aqil macam Kamu sayang aku..
Entahla..
Apapun entry aku kali ini,aku sebenarnya nak bagitau..
Ibu rindu Aqil sangat2!

Thursday, September 9, 2010
Aidilfitri 1431H
Banyak jugak salam aidilfitri yang aku terima...
E-mel, sms, ucap mulut dan kad ucapan...
Namun entah kenapa semakin lama Aidilfitri semakin suram...
Yang buat aku betul-betul excited ialah ketika membeli baju raya dan biskut raya untuk Aqil...
Beli mercun dan bunga api...
Kununnya untuk mengaburi mata aku sendiri bahawa Aidilfitri akan tiba dengan meriah...
Mungkin dek pertambahan usia dan tanggungjawab yang kian membesar dan masa yang aku rasa kian suntuk dan persekitaran yang cukup mencabar dan perasaan yang dah tak segagah dulu....
Rasa rugi pulak Ramadhan yang dah berlalu...
Kerana tak mampu aku memenuhinya dengan makna-makna dan keinsafan...
Ternyata imanku sangat goyah dan mudah patah....
Pun begitu,
Selagi ada masa yang diperuntukkan untukku...
Selagi ada Dia...
Selagi itu aku berpeluang untuk memperbaiki diri...
Pucuk pangkalnya, terpulang pada aku sendiri...
Tebal jugak ego aku pada Dia...
sedangkan siapalah aku ni...
Tanpa kasihNya...
Tanpa rahmatNya...
Tanpa kurniaanNya yang melimpah ruah ni...
Mana mungkin aku di sini saat ini menaip dan bercerita mengenai kebodohanku...
Aku berharap dengan diri aku sendiri...
Agar aku dapat mempersiapkan diriku untuk menghadapi Ramadhan akan datang |jika masih berkesempatan|
Dan aku akan pastikan aku bukan lagi insan yang sifatnya merintih dan hanya tahu mengenang naseb badan...
Sengallah aku ni...
Salam Aidilfitri buat semua yang sudi singgah di BSURSICUB4...
Semoga kebaikan Ramadhan yang telah kite bina...lebih kukuh dan utuh membenteng diri menghadapi hari yang mendatang...amin...
Ampun maaf atas semua kesilapan dan kesalahan...
|fiza&aqil|

Subscribe to:
Posts (Atom)