..................

trying 2bsimsucb4

Saturday, December 17, 2016

Curi

Atas apa juga alasan, yang salah tetap salah. Yang haram tetap haram.
Mencuri adalah salah, biar pun niatnya murni. Kenapa perlu pilih nak mencuri? Kenapa nak juga buat perkara yang salah? Kurang pelajaran? Itu adalah pengetahuan am kut?! Mencuri dosa. Semua mak mesti pernah beritahu kat anak bahawa mencuri berdosa, nanti kena potong tangan! Kalau budak hingusan yang mencuri mungkin masih boleh diberi muka, hukumlah sikit. Tapi ni bila dah tua bangka, nak mampus... Masuk bilik orang, selongkar laci dan curi duit RM200... Apa agaknya yang ada dalam kepala otak si tua bangka tu ek? Adehlaaaaa... Solat tonggang tonggek, kupiah atas kepala 25jam pun tak menjamin hati tu bersih! Nak nak duit banyak diperabih ke judi, tengok nombor 27jam!
Mujurlah orang tua... Kalau tidak, entahlah...
Jangan jangan... Duit yang selama ni asik hilang je, adalah angkara si tua bangka tu!

Tuesday, November 15, 2016

JT HODGES - MY SIDE OF THE STORY

A cold wind blows, I am shivering
My body aches, as my heart is breaking
Why is life making me hollow
Why is happiness casting me in the shadows
In the shadows

Hold on, don't turn and walk away
Save me
And I cried these words but nobody came

I'm all alone, running scared
Losing my way in the dark
I tried to get up, stand on a prayer
But I keep crashing down hard

This is my side of the story
Only my side of the story
Nobody cares, nobody's there
No one will hear, my side of the story

Emptiness, it's all around me
I tried to catch my breath
I'm barely surviving
And I can't go on and I come undone
And there's nothing left in me

Hold on, don't turn and walk away
Save me
And I cried these words but nobody came

I'm all alone, running scared
Losing my way in the dark
I tried to get up, stand on a prayer
But I keep crashing down hard

This is my side of the story
Only my burden to bear
Nobody cares, nobody's there
No one will hear

As I fall down
As I fall in

I cried these words but nobody came

I'm all alone, running scared
Losing my way in the dark
I tried to get up, stand on a prayer
But I keep crashing down hard

This is my side of the story
Only my side of the story
My side of the story
Only my burden to bear
But nobody cares, nobody's there
No one will hear
My side of the story

Friday, November 11, 2016

08102016

Muhammad Abas...
Semoga menjadi pelindung dan pembela yang berani buat ibu, abang dan kakak2...
Sayang Kamu!

Anak

Anugerah yang sangat bernilai. Tak terbanding dengan segala harta benda di dunia. Tak terbayar dengan segunung emas permata.
Biarpun betapa penat, jerih, payah, sakit dan perit melahirkan, mengasuh, mendidik, melayan dan menyayangi dari tubuh cuma sebesar 2 telapak tangan hinggalah dah pandai mengurus diri sendiri...
Betapa setiap hari memerhati, membelai dan menikmati masa masa yang diluangkan bersama sambil mendodoi tidur, berpeluk, berdukung mententeramkan tangisan halus si kecil... Fikiran melayang membayangkan berapa besar tapak tangan sekecil dua batang Jari ini akan membesar?
Bagaimana lunak suara yang nyaring ini akan melantunkan bunyi menyebut perkataan pertamanya?
Derap tapak kakinya dari jauh pun boleh didengari...
Dia si anak yang sentiasa dirindui, disayangi, diingati, dikasihi... Hingga hujung nyawa ini...
Dia si anak yang sentiasa dinanti doa dan sedekah buat ibu dan ayah yang bakal menghuni barzakh...
Semoga anak-anak ku cemerlang di dunia dan akhirat.
Semoga anak-anak ku sentiasa dirahmati dan diberkati.
Semoga anak-anak ku sentiasa dilindungi dan terpelihara dari azab api neraka.
Amin.

Tuesday, January 5, 2016

Terima kasih

Terima kasih untuk semua perasaan gembira yang pernah aku rasai...
Terima kasih untuk semua kebahagiaan yang telah aku lalui...
Terima kasih untuk semua nikmat yang telah aku kecapi...
Terima kasih untuk senyuman yang pernah menghiasi bibir ini...
Terima kasih untuk anugerah yang aku pinjam ini...
Terima kasih untuk rezeki, harta benda, wang ringgit yang telah diberikan...
Terima kasih untuk semuanya...

Maafkan atas segala kesilapan dan kesalahan yang terzahir di tutur kata, terlihat di tingkah laku dan yang terdetik di hati.

2008 - 2015... Sayang untuk ditinggalkan, sedih untuk diingati...

Saturday, January 2, 2016

2016

Ketibaan tahun baru kali ini diiringi kisah yang amat menyakitkan...
Tipah tertipu lagi...
Namun, apa yang aku harap ialah pergilah kekusutan ini...
Janganlah muncul lagi...
Jangan pernah menunjuk bayang lagi...
Hilanglah bersama penipuan terakhir dan pembisuan yang tiba tiba itu!
Tiba tiba...
Tanpa berita, tanpa kata kata, tanpa penjelasan...
Aku menunggu bersama pembohongan...
Aku ditinggalkan dengan ketidaktahuan...
Aku menjawab sendiri segala persoalan...
Lalu...
Tiba pula hari ini...
Aku persiapkan semua...
Masih berbaki sebekas dua...
Takkan aku sisakan kesan itu...
Peninggalan yang kekal hanya ada mereka. Ku harap tiba juga nanti...
Hari yang bakal aku mulai tanpa akan ada bayangan itu lagi!

Get lost and go to hell!!

Thursday, September 11, 2014

Hari ini...

Aku masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini. Ada beberapa perkara baru yang perlu aku fikir dan masukkan ke dalam rutin harian. Pun begitu ada juga perkara yang aku dah tak payah nak buat dan fikir buat sementara waktu ini.
Pertama, sudah pastilah kehadiran Amni Nasyrah. Hari ini dia baru berusia 46 hari. Masih kecik, masih baru dan masih banyak yang perlu aku pektis semula selepas kelahiran Asfa Nadha yang kini sudah pun berumur genap 1 tahun 9 bulan hari ini. Keduanya menyusu badan dan aku dah rasa macam beranak kembar je. Aku sepenuh masa di rumah dan semestinya aku nak kena jaga dua orang anak kecil ni. Sungguhpun begitu, Asfa Nadha agak matang berbanding umurnya. Sebab dia dah faham semua yang orang cakap. Asfa Nadha pandai mengekspresikan kehendak diri dengan perkataan dan perbuatan. Walaupun mungkin patah perkataan masih belum betul sebutannya tapi bunyi dah jelas dan aku faham semuanya. Tapi bila tiba bab perbuatan, memang kadang aku jadi tak sabar. Asfa Nadha dan Muhammad Aqil Ahnaf adalah sangat berbeza. Asfa Nadha berani dan suka bermain sendiri. Agak berdikari dan memang agak keperempuanan. Asfa Nadha pandai main anak patung dan melayaninya macam Baby. Pandai makan sendiri dan tak mahu disuap. Semua nak buat sendiri. Suka menulis dan suka hati dia je nak tulis kat mana. Dinding, sofa, TV, cadar dan kaki sendiri adalah tempatnya. Alhamdulillah buat masa ini Asfa Nadha suka adiknya. Ada peluang je nak cium dan pandai nak main dengan adik. Harap2 makin besar makin rapatlah dua orang ni. Muhammad Aqil Ahnaf pun memang dah pandai main dan jaga adik. Dia memang terlebih matang dan boleh diharap. Cuma ada masa dia slow dan agak annoying... Hmmm... Apsal aku nak harap tinggi sangat kan? Dia budak lagi.. Aku akan ajar dan terapkan nilai-nilai yang baek agar kelemahan dia boleh diperbaiki. Bagi aku, Muhammad Aqil Ahnaf dah cukup hebat sebagai seorang anak. Insya Allah.
Aku baru daftar Muhammad Aqil Ahnaf ke pusat pengajian tahfiz dan KAFA di al Baghdadi. Aku amat berharap di sini dia akan belajar mengenal Allah, Rasul dan belajar agama. Nak harap aku mengajar dia semua tu... Hmmm... Jenuhlah... Aku cuma boleh mengambil peluang bercerita apa yang aku tahu saja. Banyak jugak yang aku tak tahu lagi. Jadi, aku pon sama2 belajar.
Aku bercuti bersalin bermula dari 27 Julai 2014 selama 90 hari. Kemudian akan sambung cuti tanpa gaji selama setahun. Jadi, sudah pastilah rutin harian dah berbeza berbanding sebelum ini. Kena jaga dan uruskan Amni Nasyrah, Asfa Nadha dan Muhammad Aqil Ahnaf. Kena uruskan rumah dan suami. Pulak tu mama, abah dan, Ain masih tinggal bersama dengan aku. Mungkin sehingga hujung tahun ini. Tapi ada mereka atau tiada takkan banyak beza cuma tiada siapa yang akan bantu aku di rumah lagi. Kalau tidak, mama akan tolong aku masak, kemas rumah, jaga Amni Nasyrah dan Asfa Nadha. Tanpa abah pula, siapa yang akan bantu aku buang sampah setiap hari? Tanpa Ain? Hmmm... Lega sikit kut... Sebab dah tiada rakan sebilik Muhammad Aqil Ahnaf yang pemalas dan hanya tahu buat hal sendiri je...
Pada hari biasa... 
Pagi kena selepas Muhammad Aqil Ahnaf ke sekolah, sedia sarapan, layan suami sebelum dia ke pejabat, kemas dapur, uruskan kain, mandikan Amni Nasyrah dan Asfa Nadha.
Tengahari, masak dan amik Muhammad Aqil Ahnaf di sekolah, sediakan dia sebelum hantar ke al Baghdadi di Presint 8. Mama akan tolong jaga Amni Nasyrah dan Asfa Nadha. Masa tengahari ni bolehlah rehat2 sikit. Itupun kalau tiada baju yang perlu dilipat, rumah yang kena disapu dan anak yang perlu dilayan.
Petang, persediaan untuk makan malam, amik Muhammad Aqil Ahnaf, uruskan Asfa Nadha dan Amni Nasyrah.
Malam pula agak santai dan akan digunakan untuk cover keja rumah yang tak selesai di waktu siang tadi, bantu Muhammad Aqil Ahnaf buat kerja sekolah serta ulangkaji dan melayan suami.
Aku juga sedang melabur dan menjadi stokis utama RCC. Produk gula Stevia. Tujuan aku jadi stokis ni pun sebab nak tolong mak dan ayah. Aku tak buat bisnes pun, jadi stokis semata.  Siapa nak barang boleh beli dengan aku. Aku uruskan stok dan modal pusingan... Setakat ni untung masih belum dirasa.  Tapi kira hebat jugak bisnes ni sebab belum pun sampai sebulan, aku dah dapat 80% modal dan dah restock barang. Aku harap apa yang mak dan ayah buat ni berbaloi dengan usaha mereka dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka dan sentiasa merahmati mereka.
Semoga aku makin sihat, tabah dan kuat untuk teruskan hidup ini. Semoga keluarga kami sentiasa dirahmati dan diberkati. Semoga perubahan pada diri Kamu berhasil dan berterusan hingga ke akhirnya. Semoga Muhammad Aqil Ahnaf, Asfa Nadha dan Amni Nasyrah menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.
Hingga tiba di ketika yang lain untuk kisah yang baru walaupun akan dalam rutin yang sama.