Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang 2012 - 2013 ni...
Kebanyakannya adalah perkara yang tak terjangkakan dan perkara yang sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...
Hingga kini ia masih berlanjutan dan aku masih tercari cari upaya untuk aku kekal berdiri mengharungi hidup yang entah kan lama entah kan kejap ini...
Kekadang tu aku rasa penaaaaat sangat... Dan yang aku mahu cuma ruang untuk aku bertenang dan berfikir dengan lebih rasional atas permasalahan yang ditimbulkan...
Aku sangat tak harap ada lagi perkara lain muncul!
Aku penat dan lesu...
Aqil...
Zaman persekolahan baru saja bermula, di sebalik kepenatan... Kegembiraan dan keseronokan berada di alam sekolah kian bertambah...
Aku tak harap Aqil menjadi best student, yang aku mahu ialah bila Aqil bersekolah, dia berupaya mengenal perkara perkara asas untuk menjadi seorang pelajar yg tahu kemampuan dan minat dalam pelajaran, hamba yg taat dan bertakwa, anak yang soleh dan manusia yang berguna...
Asfa...
Makin hari makin bijak dan lincah...
Comey dan besar...
Dah pandai main, guling2 dan buat macam2 bunyi...
Semoga Asfa membesar dengan sihat, kuat dan bijak.
Insya Allah, semoga aku, kamu, Aqil, Asfa dan seluruh ahli keluarga dilindungi Allah dari kejahatan dan kelemahan mereka yang berada di sekeliling kami... Amin.
Nyatanya, memang banyak yang lain dan berubah. Diri sendiri... Baik dari fizikal, cara hidup, persekitaran dan kerja...
Apa yang boleh aku harap dari semua ini ialah agar di mana berdirinya aku kini, jika tak mampu menyenangkan janganlah aku menyusahkan.
..................
Saturday, June 22, 2013
Perubahan
Tuesday, June 18, 2013
Cinta Muka Buku - Najwa Latif
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooh..
Hati ku rasa sesuatu.. Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu oohh..
benarkah rasa itu.. Bagaimana harus bersua Ku rasa gementar tapi bahagia Perlukah kita cari peluang pertama Walaupun kita tak pernah berjumpa Banyak persoalan yang berada di minda Banyak tanda tanya dan juga kata kerja Otak kata jangan hati pula kata ya Hidup tak menentu adakah ini cinta Banyak soalan banyak juga jawapannya Kata hati dan rasa tak dibiar saja Setiap yang berlaku ada kebaikannya Harus pejam mata dan cuba apa saja Pabila kau renung tajam-tajam mata aku Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Oooo… Ini cinta remajaku Dan pabila kau katakan kau suka aku Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo… Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku.. Bagaimana harus bersua Ku rasa gementar tapi bahagia Perlukah kita beri peluang pertama Walaupun kita tak pernah berjumpa Banyak persoalan yang berada di minda Banyak tanda tanya dan juga kata cinta Otak kata jangan hati pula kata ya Hidup tak menentu adakah ini cinta Banyak soalan banyak juga jawapannya Kata hati dan rasa tak dibiar saja Setiap yang berlaku ada kebaikannya Harus pejam mata dan cuba apa saja Pabila kau katakan kau suka aku Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo Itulah cinta yang satu Cinta di muka buku
Tuesday, June 11, 2013
Trauma
Sunday, May 26, 2013
Alasan, sebab dan harapan
Aku punya ALASAN, SEBAB DAN HARAPAN untuk semua yang berlaku kini.
Aku masih berpijak di bumi nyata dan aku masih sedar siapa aku.
Aku sentiasa mengharapkan petunjuk dan hidayah dari Yang Satu.
Aku yakin ada sesuatu buat aku, kamu dan mereka.
Aku percaya tidaklah aku dibiarkan melalui semua ini jika ia tidak tertanggung oleh aku.
Pohon kuatkan semangat dan tabahkan aku...
Agar aku tidak terpesong dari kebenaran.
Andai panjang lagi perjalanan ini, permudahkanlah.
Andainya ia pendek, redhakanlah.
Amin.
Thursday, May 23, 2013
beza
sungguhpun kite punya rasa kasih sayang tapi pasti tak sama dengan rasa kasih sayang orang lain...
sungguhpun ada orang yang menyukai kite tapi pasti tak sama dengan orang lain yang menyukai kite...
biar betapa sama pon jenis perasaan itu namun rasa yang terbit di hati kite pasti tak sama dengan orang lain!
katalah aku sangat amat menyayangi kamu kerana...
kamu teman baek ku, insan yang satu satunya aku cari tak kira dalam suka atau duka, insan yang aku harapkan dalam semua hal, insan yang aku kenang dalam setiap hela nafas ku, insan yang aku ingin dampingi saban waktu, insan yang aku tunggu panggilan dan perkhabaran, insan yang aku serahkan dunia ku, insan yang aku panggil sayang di bibir dan di hati, dan insan yang genggaman tangannya mententeramkan jiwa...
namun begitu, rasa sayang yang ada di hati kamu untuk aku pasti tidak sama...pasti!
Wednesday, May 22, 2013
dulu
dulu...
aku inginkan perhatian dari seseorang...
dulu...
aku mahu akan ada dia yang menjadi kawan baek berkongsi cerita dan menemani tatkala suka mahupun duka...
dulu...
aku berharap akan ada dia yang akan teringatkan aku pada setiap hela nafasnya....
dulu...
aku impikan akan ada dia yang sama sama mahukan kebahagian, kegembiraan, keselesaan dan hubungan kekeluargaan yang mesra serta erat...
dulu...
aku nantikan peluang agar akan ada dia yang memimpin tanganku berjalan bersama...
dulu...
aku sentiasa berdoa akan ada dia yang bersama aku di dunia dan akhirat...
dan
dulu...
aku harap akan ada dia yang menjadikan aku sebagai insan yang terakhir dan dicintai dalam hidupnya...
Monday, May 20, 2013
kenal
hari ini Asfa Nadha, 5 bulan 9 hari...dah mula kenal ibu... bangga giler! aku memang tertunggu tunggu saat ini... masa Aqil Ahnaf pun macam tu jugak...
aku mahukan privellege sebagai seorang ibu iaitu apabila anaknya kenal dia dan hanya mahukan dia bukan orang lain... walaupun orang lain tu selalu bersama dia... saat yang pertama inilah antara saat saat yang sangat berharga dan tak mungkin aku lupakan kerana ia takkan berulang lagi dah...
hebat sungguh rasa jadi ibu ni!
alhamdulillah kerana aku berpeluang merasainya :)
