..................

trying 2bsimsucb4

Saturday, April 13, 2013

Sahabat - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Sahabatku.

Monday, April 8, 2013

Gagal!!!

"Lelaki yang gagal adalah lelaki yang tak mampu menjaga pandangan dan melihat perempuan dengan menggunakan nafsu semata...
Perempuan yang gagal ialah perempuan yang tidak mampu mengawal emosi dan membiarkan hati membunuh diri..."

Bermula dengan mendengar cerita seorang teman tentang lelaki lelaki yang asyik sibuk dengan pembesaran dan ketahanan alat yang selalu mendatangkan kesulitan kepada perempuan...hmmm...
Baek yang masih bujang tapi telah menebuk seperti tupai hinggalah yang telah berbini 3-4 orang...hmmmm...
Topik perbualan mereka 90% berkisar pasal perempuan...artis perempuan yang seksilah...staff perempuan yang geli geli gediklah...makcik cleaner yang melentik lentik badannya bila vakum karpet ofis lah...pelayan restoran yang muka macam w.a.w.a.z.a.i.n.a.l lah...dan semuanya pasal perempuan lah...hmmmm...
Tak kurang dari itu, bercerita pulak pasal kisah kisah masa belajar, masa di maktab, masa di kolej, masa di universiti, masa di tempat keje lama, masa sebelum kawin ngan minah ni, masa dah kawen ngan minah ni, masa dah ada anak 5, masa gi p.h.n.o.m.p.e.n.h., masa gi buat bisnes dan pendek kata setiap masa pasti ada cerita pasal melenjan perempuan ntah mana mana dan berbangga pulak tu...hmmm...
Kemudian siap boleh nak bandingkan perempuan i.n.d.o.n lagi best lah, pinoy pon sedaplah, sabah.a.n pon mantaplah, akak po.li.s pon hebatlah, pengiring menteri pon hornilah...hmmm...
Tak berhenti setakat itu, kadang ada jugak yang zahirnya nampak hebat, bercakap berdegar degar...tapi batinnya udah longlai dimakan masa, tabiat dan umur...hmmmm...
Yang paling tak boley blah ialah bila pilihannya melangit indah...nak kene kulit halus putih melepak lah, ukuran kene 36 26 36 lah, badan kene melentik lentik lah, bau kene wangi lah, yang itu  kene besar lah, yang ini kene besar lah, bibir nak yang seksi lah, nak yang chinesse look pakai spek mata lah, nak yang keje swasta dan bukan kejaan lah dan macam macam kriteria kriteria hebat dimahukan laksana puteri kayangan dalam cerita dongeng! hmmm...
Tapi bila melihatkan si lelaki pengata tu...hmmm...alahai...kasihan...aduh kasihan...entah mana dia letak mata bila bercermin menyikat rambut setiap pagi, sehari sekali...hmmm...
Mungkin ini terjadi kerana kekurangan pada perempuan yang dinikahi...serba serbi tak mencukupi dan terlari ukuran dek pertambahan anak serta umur...ditambah pula tenaga kian hari kian berkurangan kerana makin hari makin bertambah tugasan dan benda nak difikir termasuklah sang suami yang perangai macam harem...
Ataupun mungkin kerana pengaruh rakan sebaya yang sama sama tak menyedari kaki berpijak di bumi tiada apa milik kekal abadi...
Dan mungkin jugak kerana tidak berapa cerdik otak disebabkan selalu membiarkan ia bergelek gelek dengan bisikan setan!
lalu mungkin jugak di fikirannya nanti tau buat taulah taubat...
hahahaha....
kata aku...itupun kalau Allah bukakan pintu dan ruang untuk dia bertaubat...hmmm...
kasihan sungguh perempuan yang memilihnya sebagai suami...kununnya nak buat menjadi imam solat, pembimbing ke jalan yang diredhai, teman berbicara dan hero buat anak-anak...tapi sudahnya lelaki itu hanyalah jantan bertuan dan bertuhankan p*** perempuan semata!!
nauzubillah!!!

kemudian terkeluarlah kisah kenapa kawan aku ni masih solo...
takut dengan cerita alam perkahwinan rupanya...hmmm...
zaman sekarang ni siapa yang tak takot woiii!!!
spesis lelaki yang beriman dan menjaga pandangan dah kepupusan...
yang ramai dan sentiasa berlegar legar serupa biawak komodo yang kelaparan ader la...bersepah sepah...hmmm...
jadinya terkeluarlah cerita pasal seorang kawan yang baru saja kembali ke rahmatullah beberapa hari lepas...
beberapa hari sebelum kematiannya, dia dimaklumkan bahawa suaminya telah dengan sengaja meniduri seorang pegawai menteri yang sama sama ke Phonm Penh atas urusan kerja...yang menjadikan kisah tu diketahui ialah suaminya tak mahu menjawab panggilan pegawai perempuan tu...dengan alasan perempuan tu nak cari pasal nak menggatal dan dia tak nak layan...si isteri yang kunun percaya dan nak pertahankan suami pon sibuklah nak setelkan perempuan tu...tanya punya tanya,rupanya perempuan tu nak suruh sang suami tu gi buat pemeriksaan kesihatan je kerana dia sendiri telah disahkan ada HIV...hmmm...
macam macamlah keluar dari mulut suami bila dikhabarkan hal tersebut...
antara alasan yang bongok ialah perempuan tu yang horni dan ajak dia, dia cuma nak buat sekali tu je dan tak nak buat dah dan perempuan tu patutnya bersih sebab bukan pelacur!!!
hahaha...memanglah kalau dah dasar jantan otak letak kat k***...
isteri yang terkejut dengan cerita tu jadi sangat sangat sedih dan marah bukan kepalang...beberapa hari bermenung tak nak jumpa sesiapa dan tak mahu bergerak dari perbaringan...
suami tu agaknya dah menyesal lalu sanggup je terima herdik dan tampar dari keluarga isterinya...
tapi semua tu dah terlambat malah yang menambah sadis kisah ini ialah bila perempuan yang tidur dengan sang suami tu datang ke rumah dan bercerita hal setelah ditanya... motif??? tak tahulah...
lalu mungkin kerana teramat sedih isteri yang malang tu jatuh pengsan, keguguran, mengalami pendarahan teruk dan meninggal dunia...
kasihankan?
namun begitu, aku rasa lega dan syukur derita si isteri cuma beberapa hari... berbanding sang suami yang kena tanggung malu dan penyakit akibat perbuatan bodohnya itu...
PADAN MUKA!!!
semoga Allah mengampunkan dosa kamu!

Ya Allah,
ampunkan dosaku...
peliharalah ahli keluargaku terutama sekali anak-anak ku dari menjadi hamba nafsu dan syaitan yang direjam.
amiiinnn...

Friday, March 29, 2013

Baek...

Terpana sekejap bila dengar ayat mak...
"kalau pun jahat dan buruknya dia, kat mana baek dan eloknya kamu? semua yang ada di sekeliling kamu ni adalah dugaan...isteri dugaan buat suami,suami dugaan buat isteri,anak2 dugaan buat ibu bapa...klau kata anak kamu jahat, itu adalah tugas kamu nak baek kan dia... menegur tu bukan saja untuk kebaekkan orang yang ditegur tapi untuk diri sendiri jugak...diam saja bukan jalan penyelesaian..."
hmmmm...
bebelan mak bukan sekadar susunan ayat yang diucapkan berulang kali...tapi sebagai peringatan dari hati seseorang yang amat menyayangi kita dan jugak teguran dari Allah... Allah sentiasa ada dengan kita tiap kali kita perlukan...begitu juga mak... Allah bagi idea kat mak supaya tegur kita dan mengingatkan perkara2 yang baek supaya kita tak lupa bahawa sejahat2nya seseorang yang menyakiti hati kita, jahat jugak kita yang asek berkata buruk tentang dia...
hmmmm...
pesanan mak kali ini amat menyentuh hati... kata2 mak adalah doa... peringatan dari mak adalah ikhlas dan sebab itu ia masuk terus ke hati.
sentap dan kecewa juga dengan diri sendiri bila dengar apa yang mak katakan...
Terasa diri ni sangat teruk... yerla...yang nampak buruk orang dan jahat orang...buruk kita dan jahat kita ni kalau Allah buka dan bagi orang lain nampak dan canang, kompom nak angkat muka pon kita tak mampu...
malu!!!!
sangat sentap dan inilah hasilnya...huhuhu...
   "aku sangat percaya bahawa setiap apa yang berlaku kepada kita tidak berlaku untuk disia-siakan...pasti ada sesuatu perkara untuk dirai atau diambil iktibar dari kejadian itu...
kehilangan kepunyaan kita mungkin sebagai kifarah dek kealpaan kita mengambil bahagian orang lain ataupun sebagai peringatan agar kita lebih berhati2 dan lebih menghargai...
biar apa pun yang berlaku, bersangka baek dengan Allah adalah langkah pertama yang perlu kita tanam dalam hati...
aku pohon teguran dan didikan yang tidak putus2...agar aku dapat perbaiki amalan dan perteguh keimanan...amin."

Thursday, March 21, 2013

Double standard

Satu video lawak dikongsikan di utiub... Kisahnya taklah berapa nak kelakar tapi cuma nak berkongsi...
Namun ditempelak tanpa peduli pun nak tengok apa yang ditunjuk...
Dipesan suruh berjenis sikit kalau nak tengok apa-apa...
Beberapa hari kemudian, dipanggil untuk tunjuk video lawak yang dikatakan kelakar...
Ironinya ia adalah video yang sama...
Rupanya ia dikongsikan oleh mereka yang bijak pandai, bersekolah tinggi, berpangkat besar dan bergaji lumayan...lalu boleh saja video yang dikatakan tak berjenis tu dikongsikan kepada orang lain dan bergelak bersama mereka...
Lalu terfikir, jika ia datang dari kita yang tak setaraf tahap pendidikannya adakah boleh terus sahaja dianggap bodoh?
Mungkin ada lebih keistimewaan pada mereka berbanding kita yang hanya layak dipanggil orang bawahan...lalu setiap apa yang diberi oleh mereka merupakan perkara terhebat di abad ini sedangkan orang bawahan tu dah buat berkali kali perkara yang sama tanpa dipedulikan pon...
Jika perbezaan begitu penting untuk menilai dan melabel seseorang, mungkin memang patut ada pepatah..
"enggang sama enggang...pipit sama pipit"

Monday, February 11, 2013

entah...

entah apa sebenarnya yang ingin aku coretkan di sini?
tatkala sesuatu bernama cerita diperdengarkan kepadaku lalu menerbitkan rasa tidak selesa...
entah apa sebenarnya yang ingin aku rasa?
tatkala terpamer kenyataan di depan mata hingga bergetar tubuhku menyaksikannya...

apa yang ada untuk aku di sini?
mana akan akhirnya untuk aku dari sini?
bagaimana penamatnya aku di dunia ini?

kenapa aku rasakan kisah bagai diulang-ulang?
ia pernah berlaku dulu, oleh aku, kamu, dia dan mereka...
tapi kini seolah-olah diulang tayang, oleh kamu, dia, mereka dan aku...

namun,
nyatanya setiap kata yang terucap bukanlah semuanya benar...
nyatanya juga setiap janji yang dikata tidak akan dikota...
dan nyatanya lagi setiap sesalan bukanlah serik untuk tidak diulangi...

bibir mampu menipu,
hati mampu berubah,
fikiran mampu bercanggah...

pun begitu,
siapa aku nak mempertikaikan apa yang sedang berlaku?
jika kamu sememangnya begitu...
jika dia sememangnya begitu...
jika mereka sememangnya begitu...

aku pun begitu dan akan begini hingga ke akhirnya...kah?

Saturday, February 2, 2013

Cerita Mama

Perihal orang nak berbahasa Inggeris...

"Kawan2,jom kita g outstation!" kata Kak Siti (bukan nama sebenar)
"Siti, bukan outstation la, release tension!" tegur Kak Nor (bukan nama sebenar juga)
"Owh, salah ek?"
"Gulp!"

"Ina, Ani, Midah... Meh sini meh aku ada sigeret."
"Siti, apa sigeret tu?"
"Rahsia... Rahsia..."
"...???..."

"Ya...ya... Kiteorang dah underwear ni.."
"Wehlah,Milah... Bukan underwear laaa.. On the way...!"

Di suatu petang yang damai, seorang auntie dan cucunya bermain di laman rumah sambil memerhatikan ibu kucing dan anak2nya.
"Ady,tengok tu ibu cat dan anak cat!"
-Meoooww-

Pesan abah...

Berdoalah selalu...

  "Ya Allah...
    Jadikanlah aku dan zuriatku orang yang baek2...
    Temukanlah aku dan zuriatku dengan orang yang baek2...
    Tempatkanlah aku dan zuriatku di kalangan orang yang baek2..."

Amin....