..................

trying 2bsimsucb4

Friday, January 18, 2013

Tabah

Bertabahlah duhai hati,
Tatkala kegusaran itu melanda...
Bertabahlah duhai hati,
Tatkala dirimu diuji...
Bertabahlah duhai hati,
Tatkala kamu disakiti...
Bertabahlah duhai hati,
Tatkala kebenaran diperlihatkan...
Bertabahlah duhai hati,
Tatkala nilaimu tiada lagi...
Bertabalah duhai hati,
Tatkala keindahan beransur pergi...

Bertabahlah...
Kerana hidupmu adalah untuk Allah,
Matimu jua adalah untuk Allah,
Maka segala yang kamu lalui adalah dari Allah,
Kembalinya juga kepada Allah.

Bertabahlah duhai hati...
Biarpun selaut mahu kau laungkan rasa sedihmu,
Namun tetap hanya Allah yang mendengarnya...

Nyatanya bila diluahkan...
Mungkin tidak dipeduli,
Mungkin bakal menyakiti,
Mungkin juga disalaherti,
Mungkin lansung tidak difahami.

Ya Allah...
Demi kasih Mu,
Demi sayang Mu,
Calitkanlah walau sedikit benih ketabahan ke dalam hati ini...
Agar hadir kesabaran dan rasa redha pada seketul daging yang bisa merosakkan seluruh jiwa ini...
Tiada daya untuk ia bertahan tanpa belas Mu...
Moga...
Biar apapun sakit yang bakal menyinggah,
Biar apapun badai yang bakal menimpa,
Biar apapun dugaan yang bakal diterima,
Hati yang bertabah dengan izin Mu ini mampu bertahan dan jasad ini mampu bangun semula selepas kejatuhan yang bakal melanda.

Wednesday, January 16, 2013

Zaman baru...

Kiranya kini aku berada dalam zaman yang baru...
Kerana punya pasangan yang baru, cara hidup yang baru, kerja baru, anak yang baru dan anak baru masuk sekolah.
Semuanya baru belaka!
Secara seriusnya aku sangat kekok di permulaan tapi dah makin ok dan bertenang...

Apa taknya, tak sangka baru kawin 2-3 bulan aku dah termengandung... Masih lagi kekok nak sesuaikan diri, masa dan perasaan dengan insan baru serta cara hidup yang baru...ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang aku alami sejak mengandung baby yang baru ni...lain dari pengalaman mengandungkan Aqil...sangat lain!
Maka, perkara utama dalam hidup aku jadi tak tentu hala...aku ikutkan saja apa yang berlaku dan layan perasaan mengikut keadaan...macam2 hal yang baru pun berlaku lah...

Sekarang, aku dah ada baby baru... Asfa Nadha. Sangat chomey (macam aku...of course lah kan...), sangat adorable (semestinya macam aku jugak) dan sangat dengan perangai baru (aku tak rasa macam aku...huhuhu). Walaupun dah penah melahirkan dan menjaga Aqil Ahnaf hinggalah sekarang dah pun berusia 7 tahun, namun semuanya dengan Asfa Nadha terasa macam baru pertama kali... Pertama kali mengalami alahan dan beberapa masalah semasa mengandung (pening, loya, bleeding banyak kali, pengsan, early contraction, frequent lower abnominal pain dan sakit nak bersalin-siries sakit...tapi peliknya, ia adalah sakit yang amat sakit tapi ia bukanlah kesakitan yang dikenang...hmmm...sebab sakit kena jahit yang taklah sesakit nak bersalin tu jer yang buat aku sampai mengigau dan tak boleh tido)... Pertama kali bersalin- normal... Pertama kali berpantang sendiri dan dijaga oleh kamu (so sweet!)... Pertama kali nak jaga luka yang terasa macam tak akan baik (gilers serik,siyot!!!!!) Pertama kali bentan sebab keluar g hospital bawak Asfa Nadha cek jaundis dan terasa macam down gile (naseb baek tak meroyan...huhuhu...) Secara seriusnya, pengalaman melahirkan Asfa Nadha adalah secara totalnya berbeza dengan Aqil Ahnaf... Tapi satu perasaan baru yang aku alami kini ialah...aku sangat harap aku adalah suri rumah sepenuh masa! Dan aku tak pernah rasa macam ni sebelum2 ini... Huhuhu...

Ditambah lagi, Aqil Ahnaf baru masuk darjah satu... Aku sangat serba salah dengan pengalaman baru yang satu ini... Kerana aku tidak dapat sepenuhnya menguruskan dan memastikan permulaan dan perjalanan seterusnya nanti adalah lancar dan mudah... Beberapa perkara yang tak menjadi telah membuatkan beberapa perkara terpaksa diubah saat akhir... Kalut jugaklah... Ditambah campur tangan oleh Father of the Ultra yang sangat menjengkelbongokbangang@#%&*/-+)(;:'"/μ¶÷±°¨¦)«¡₩¡€`·`₩₩»©†»§` membuatkan perancangan dan perasaan aku sangat terganggu! SABO JERLAH!!!!
Tapi aku bersyukur sangat, dalam setiap kekalutan terselit kemudahan dan nikmat perasaan dari Allah... Alhamdulillah... Aqil Ahnaf memang seorang anak yang baek, berdikari, bijak dan boleh diharap. Cuma kadang pengharapan aku terlalu tinggi tu yang buat aku panas hati kekadang tu... Tapi aku sangat sayangkan Aqil Ahnaf!! Kadang tu terusik perasaan aku bila melihat dia... Dia turuti semua yang aku mahu, selalu tawar diri untuk membantu dan semakin pandai mengurus diri sendiri. Aku tak pastilah klau memang semua kanak2 sebaya Aqil Ahnaf adalah sepertinya. Dan yang aku perasan, selepas semua yang dia lakukan...yang dia mahu hanyalah perhatian dan bahan untuk menghabiskan ruang masanya... Sebab tu bila dia dilayan dengan cara tidak sepatutnya (dimarah, disakiti, diherdik, dimaki, diketawakan dan tidak dipedulikan) airmata ini pasti menitis... Aku tak mampu nak berbuat apa2... Namun doa ibu pasti makbul...mungkin bukan sekarang, tapi lambat laun pasti akan makbul juga! InsyaAllah...
"Ibu doakan agar Aqil Ahnaf dan Asfa Nadha menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Disihatkan dan sempurna anggota tubuh badan, diterangkan hati, dilapangkan fikiran, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, sentiasa dikasihi, dirahmati dan dilindungi dari godaan syaitan, hasad dengki manusia serta dipelihara dari azab api neraka. Semoga anak2 ibu tabah dan sabar berdepan dengan kehidupan ini serta mereka2 yang sentiasa menyakiti. Aamiiinn..."

Nyatanya satu perkara baru yang buat aku sentiasa rindu ialah berkunjung ke Baitullah... Mungkin macam clichè setiap orang balik Mekah je kata nak pergi balik... Tapi sememangnya itu yang aku selalu rasa... Rindunya amat sangat!!! Aku masih terasa keadaan dan perasaan sewaktu di sana... Tika itu aku dan Asfa Nadha yang masih dalam kandungan... Sangat ingin kembali ke sana!!! Hinggakan termimpi2! Subhanallah. Aku impikan semoga aku dan kamu serta anak2 dapat ke sana bersama2 suatu hari nanti. InsyaAllah, tolonglah ya Allah... Makbulkanlah permintaan2 hambaMu ini. Amiiin...

Nanti... Akan berlaku lagi perkara baru dalam hidup aku... Dan aku harap aku tabah, sabar dan redha dengan semuanya. Tawakaltualallah...

Alhamdulillah syukuuur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan...ia sangat bernilai dan tidak tertanding dengan segala2 yang ada...

Tuesday, January 1, 2013

7 tahun...yang lalu

Entah kenapa rasa sebak sangat malam ni...
Semasa tidurkan Aqil tadi aku tak sanggup nak pandang wajahnya...
Aku tahu dia pun rasa tak seronok kerana kena tido sorang2 dalam biliknya...
Alasan yang digunapakai ialah malam ini Aqil dah 7 tahun...
Pun memang dah lama aku janjikan sebuah bilik untuknya bila Aqil dah 7 tahun dan masuk sekolah baru...
Terasa macam aku yang terlebih emosi berdepan dengan situasi ini...
Perasaan aku pada Aqil sangat kuat...
Dari awal kehadirannya dalam hidup aku, Aqil merupakan perkara yang sangat aku harapkan dan nantikan.
Aqil adalah sebab aku bertahan dan bangun untuk hidup semula.
Aqil adalah semangat dan ketabahanku.
Aqil adalah permata hatiku.
Melihat Aqil susah, nyatanya hatiku akan lebih susah...
Melihat Aqil sakit, aku akan lebih sakit...
Entahlah sampai bila aku akan berperasaan begini...
Aku sentiasa mendoakan agar Aqil sentiasa gembira dan dirahmati...

Monday, December 31, 2012

Aku dan kisah lalu...

Sebenarnya dah lama tak mempunyai rasa seperti ini... Mungkin sebab dah lama tak berlaku hal seperti hari ini... Dan tika ini tiba tiba aku seolah olah tersedar dari lamunan yang panjang...
Rupa rupanya banyak sungguh yang telah aku lalui dan hadap sepanjang tempoh 4 tahun ini... Ia merujuk kepada post pertama di bsuRsicuB4 ni...
Ada cerita aku, aqil, dia, kamu, mereka dan komen komen yang membuatkan aku tersenyum lagi...
Memang bagai tersentak dari lamunan!
Aku tidak menyangka jalan hidup yang aku tinggalkan dan melangkah kini adalah sebuah perjalanan yang aku tak terfikir akan lalui dan aku agak berjaya harungi...
Meskipun bisa kesakitan kisah lampau masih menyengat dan parut dek kelekaan ku menyakiti diri sendiri masih menyengal...biarlah...
Aku punya tujuan yang baru...
Aku ada kamu dan mereka yang perlu aku fikirkan...
Yang berlalu telah pun berlalu...
Walaupun kadang aku harap aku dapat undur semula...tapi...biarlah...mungkin lebih baek begini...kerana apa yang aku ada sekarang adalah yang terbaek pernah aku ada!
Kepada kamu yang sentiasa di situ...
Hanya yang terbaek buat kamu.
Kepada dia yang sentiasa bersamaku...
Semoga Allah membalas segala jasamu.
Kepada mereka yang ada dalam hidupku...

Terima kasih atas segalanya.
Aku doakan semoga rahmat dan keberkatan dari Allah sentiasa bersama kita...kini dan selamanya...aamiiin...

Selamat tinggal 2012...
Selamat datang 2013!

Saturday, December 29, 2012

Suami, isteri dan anak... Part 5

Dalam merealisasikan kehendak dalam hidup ini adakalanya orang dewasa akan lupa. Lupa situasi yang sedang mereka jalani hasil dari usaha yang mereka kerjakan sebelum ini. Lalu kelupaan itu mendatangkan akibat bukan sahaja kepada diri mereka sendiri malah kepada mereka yang ada di sisi menemani.
Suami kalau dulu kerjanya pergi pagi balik petang mencari rezeki buat mengisi perut dan membayar hutang.
Kini bila beristeri, masih boleh lagi dengan rutin biasa kerana isteri pun bekerja.
Kemudian bila hadirnya anak, rutin berubah sedikit... Pergi pagi balik malam.
Dengan harapan dapat lebih untuk menyuap anak dan memberi lebih kepada isteri. Tambahan pula keadaan ekonomi yang sering dijadikan alasan untuk mengubah corak hidup sekarang.
Ataupun mungkin sebenarnya hanya mahu merasai dan menikmati kepuasan untuk diri sendiri.
Biarlah golongan tak sedar diri itu dengan kelupaan mereka sendiri...
Bagi yang berazam ingin mengubah corak hidup agar menjadi lebih selesa dan lebih baik buat diri dan keluarga, mereka akan mencari jalan dan merebut peluang yang ada.
Mereka akan berusaha dan bekerja demi mendapatkan keselesaan dan kebaikan itu...
Namun,acap kali mereka akan terlupa dan terhanyut dengan keghairahan bekerja itu lalu tersasar dari matlamat pencarian itu. Apa yang mereka kerjakan mungkin sekadar kejarkan keseronokan mencari hingga mengabaikan mereka-mereka yang dikatakan ingin diberi keselesaan itu...
Mungkin mereka menyangka ia hanya untuk satu jangkamasa sahaja dan berharap agar yang lain dapat bersabar...
Tapi mungkin mereka lupa, masa tidak bersabar dan akan tetap berlalu... Dan mungkin bila mereka tersedar, apa yang mereka cari dan kerjakan itu hanya tinggal untuk mereka sahaja.
Sering sudah terjadi dan diperlihatkan bagaimana pencarian sebuah kesenangan hidup menjerumuskan keluarga ke alam pengabaian lalu tercetuslah ketidakpuasan hati yang melahirkan perasaan kurang kasih sayang...
Ayat cliche "semua yang kanda buat ni adalah untuk dinda dan anak2 juga... Dinda bersabarlah,kanda buat kerja bukan berfoya2..."
Mungkin memang benar keluarnya mencari lebih rezeki demi kesenangan diri dan keluarga...tapi pohonnya agar janganlah sampai terabai...

Cepatnya masa berlalu...

Merenung ke wajahnya sambil menggenggam tapak tangannya membuat hati ini jadi sayu... Menitis airmata bila terkenangkan suatu masa dulu dia hanya seorang anak kecil yang merengek tiap kali nak susu.
Menjaganya dari saat dia dilahirkan sangat mudah... Cuma sesekali terasa susah hati kerana dia kerap sakit. Asma, demam hingga masuk wad 4 hari dan patah tangan adalah antara perkara yang agak menyedihkan... Selebihnya setakat ini dia adalah seorang anak yang sangat menyenangkan dan boleh diharap.

Aku tak pasti apa yang ada dalam hatinya? Namun ia kadang tak susah untuk diteka... Cuma perjalanan yang dia lalui bersama aku memang sangat berat dan mungkin dia lansung tidak memahaminya sekarang...
Sakit hati ini tiap kali melihat dia seolah terbeban dengan situasi yang kami jalani sekarang... Ke sana ke mari, dia turuti walaupun kadang dia seolah-olah memenuhi kehendak itu sekadar untuk mengambil hati saja. Entahlah...
Apa yang dia lalui sekarang adalah agak berat... Aku pohon agar dia sentiasa dikasihani oleh Allah agar sesiapa yang mendampinginya dapat memberikan dia perhatian dan sedikit kasih sayang...
Kalian takkan dapat bayangkan dan fahami apa yang dia telah lalui... Dan nyatanya apa yang bakal dia lalui pon bukan mudah!!

Terasa bagai baru je melihat dia bertatih belajar berjalan dan ketawa geli hati sambil menyanyi2...
Rupanya dah besar anak ibu...
Muhammad Aqil Ahnaf sudah masuk darjah 1!!!
Banyak sudah jasanya biarpun baru berusia 7 tahun,2013 ini...
Sangat boleh diharap tambahan pula sejak ada adik ni...
Apa saja yang disuruh pasti akan ditunaikan... Walaupun ada jugak yang dilengah2kan,tapi pasti akan dibuat juga. Tak pon tanpa disuruh dia akan tolong buatkan.
Inisiatifnya untuk membantu sangat menyenangkan dan dia pasti akan berkata, "Ala... Macam mana ibu tahu Aqil nak buat tu?" Terharu sungguh hati ibu ini.
Yang paling buat aku tersenyum ialah tiap kali aku hendak menyelesaikan urusanku dan memintanya menjaga adik, dia akan kata "Ok, ibu"...
Kemudian, bila adik menangis...
"Asfa... Asfa... Asfa..." katanya sambil menepuk lembut adiknya dengan harapan adiknya berhenti menangis... Terharu sangat! Aku pasti akan merindui detik2 ini nanti... Ini adalah pengalaman yang tak mungkin aku lupakan dan ia sangat berharga!
Dia tak pernah menyusahkan dan sangat berdikari. Pandai mengambil hati dan mendengar kata. Aku sangat berharap agar peribadinya kekal begini hingga dewasa malah bertambah baik.
InsyaAllah bersama waktu yang bakal berlalu dia akan memperbaiki kelemahan dan sikapnya yang kadang membuatkan orang lain menyampah dan menyakiti hatinya. Aku harap dia sabar dan tabah berdepan dengan layanan orang terhadapanya. Mungkin mereka tidak mengenalinya, mungkin mereka mengharapkan terlalu banyak dan kesempurnaan darinya, mungkin mereka tidak peduli perasaannya, mungkin mereka sekadar ingin menyakiti demi memuaskan hati, mungkin mereka kecewa dengan hidup mereka lalu ingin mengecewakan dia, dan mungkin mereka hanya pandai melayan hati mereka tanpa peduli hati dia... Namun begitu, aku yakin di sebalik itu semua nanti bakal mengajar dan mematangkan dia kerana ia mungkin pengajaran yang Allah beri melalui mereka-mereka yang ada di sisinya...

Hari ini hari orientasi darjah satu... Ikut hati, aku mahu berada bersama dia. Aku tak mahu terlepas saat2 seperti ini... Walaupun ia mungkin bukan perkara terbesar dalam hidupnya dan mungkin dia akan lupa pengalaman memasuki darjah 1 sepertimana aku yang dah tak ingat pengalaman darjah 1 aku... Aku berharap ia adalah pengalaman yang menyeronokkan buatnya.

Adeh, siapalah nak tolong ibu jaga adik nanti?

Hmmmm... Dah besar anak ibu.... Ibu sayang Aqil!

Monday, December 17, 2012

Nikmat

Pengalaman melahirkan anak secara normal tidak mungkin akan aku lupakan... Perghhhh... Sakit siot!!!!!! Namun aku bersyukur diberi peluang merasainya dan ternyata di sebalik setiap kesusahan dan kesakitan itu ada hikmahnya.
Nikmat yang akan diberi kepada ibu yang melahirkan anak ialah dosa dibersihkan bagai bayi yang baru lahir... Itu adalah nikmat yang paling hebat dari Allah dan aku bersyukur.
Begitu juga dengan nikmat yang sedang aku rasai kini...
Membuatkan aku rasa bersyukur dapat bersama kamu. Layanan dan perhatian yang kamu beri sangat amat aku hargai dan selepas semua kesakitan ini, ada kamu yang membuatkan aku senyum, bersyukur dan bahagia!
Semoga kasih sayang ini kekal dan bertambah mekar hingga ke syurga... Aamiiiinn...
Seperti yang dijanjikan... Setiap anak yang dilahirkan akan ada bahagian untuknya.
Nyatanya rezeki Asfa Nadha murah dan makin hari makin bertambah,insyaAllah.
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kami...
Tiada apa lagi yang aku harapkan selain dari keberkatan rezeki dan nikmat yang berpanjangan dari Maha Pencipta buat kami.
Alhamdulillah.