..................

trying 2bsimsucb4

Wednesday, August 31, 2011

Eksperimen Raya 1432H


Syawal 1432H...
Sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya...
Kali ini aku bereksperimen raya.
Banyak juga teori yang dijana dan analisa-analisa yang terhasil...
Namun masih ada juga perkara yang masih belum selesai...
Seperti biasa, penyelesaian sesuatu masalah bukan boleh diambil mudah dan terlaksana dalam masa yang singkat.
Aku berperisai dengan ketiadaan Aqil...
Alasan yang agak kukuh pada luaran...
Namun di sebalik kejadian ini, hanya aku yang tahu apa yang aku alami.
Pun begitu, masih terlalu awal untuk aku katakan ini adalah jawapan bagi persoalanku...
Kerana aku masih diselubungi emosi yang tak berapa nak stabil... yang memungkinkan aku berpatah balik ke jalan yang telah aku lalui dan tak mustahil aku akan berkeadaan dan berperasaan begini lagi nanti.
Cuma yang jelas, aku tidak hadap untuk bersedih bersendirian mendengar takbir dan marah dengan jalan hidup yang aku pilih ini. Apatah lagi untuk biar insan lain merasainya...jauh panggang dari api dan memang aku harap ia tidak terbakar!
Adakah aku dikatakan takut berdepan dengan risiko kehidupan bila memilih untuk berada dalam zon selesa yang aku ada sekarang dan menolak tawaran penghijrahan ke alam itu?
Kerana aku tahu di situ ada dia dan mereka...
Dan aku amat pasti perkongsian hidup ini bukanlah yang aku impikan dan aku idamkan. Walaupun bersama dia memungkinkan aku bahagia...
Sungguhpun dia menawarkan kebersamaan dalam apa jua situasi, namun... lumrah kehidupan, setiap insan ada kepentingan sendiri yang perlu dijaga... yang bakal menolak kepentingan aku jika dirasakan tidak penting baginya. Normal.
Oleh yang demiakian, selagi ada ruang selagi itu aku bereksperimen... memang ini adalah aku...
Aku tidak akan menerima sesuatu itu begitu sahaja...apa lagi jika ia melibatkan percaturan hidup dan matiku.
Padaku, eksperimen ini makin sampai ke penghujungnya... dan aku akan dapat jawapan yang aku cari...
Kerana teori yang aku jana amat berbeza dengan keputusan yang terhasil.
Maka, analisa yang dilaporkan sangat banyak unsur negatif yang tidak memungkinkan kebersamaan itu...
Lalu, aku ingin ‘berehat’... bertenang dan bersama diriku semula...
Adalah sangat tidak wajar jika aku menolak mentah-mentah ramuan tanpa cuba mengadunkannya...kerana aku suka aromanya...teruja mengadunnya..menikmati keindahannya...dan aku sangat mengharapkan adunan yang paling lazat dengan ramuan yang menyelerakan, namun jika teknik dan praktiknya tidak sesuai...maka akan terbazirlah semua itu dan ke lautlah aku campakkan semuanya nanti...
Aku ingin hidup...
Namun perasaan ini acap kali dicalar dan diguris.
Aku terima...kerana aku sedar dengan kehadiran aku di ruang ini telah banyak mencalarkan dan mengguris dia dan mereka. Namun apa dayaku? Aku bagai kumbang yang tertarik menghurungi lampu...dan bila ia terpadam, lalu jatuhlah aku dan penyek dipijak-pijak.
Aku perlu ‘berehat’...
Ini hidup aku...aku bertanggungjawab untuk jadikan ia lebih baik dari apa yang aku ada sekarang...
Sebelum tanggungjawab itu diberi kepada lampu yang akan terpadam bila tiba masanya.

cukuplah dengan apa yang telah aku lalui ini...
pada setiap persinggahan yang aku lewati, aku tinggalkan dengan kenangan...
dan sangat pasti, aku tidak akan kembali...
hiduplah kamu dengan caramu...dan aku dengan caraku...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Tuesday, August 2, 2011

Patriotik dan Ramadhan

Aku sayangkan Malaysia!
Tetiba terasa patriotik plak semasa nyanyi lagu Negaraku pagi ini semasa perhimpunan bersama YB Menteri.
Hmmm…
Mungkin sebab aku adalah kumpulan sokongan je dalam perkhidmatan awam ni…

Dan mungkin juga sebab IQ serta EQ aku tak berapa nak tinggi untuk membeza-bezakan manusia mengikut pangkat/ darjat serta kedudukan dan keturunan lalu berupaya menimbulkan rasa benci pada tanah kelahiran aku ni…hmmm…

Dan kepatriotikan aku ni juga telah didorong rasa bersyukur dilahirkan di Negara yang aman damai walaupun kiri kanan bersepah dengan jenayah dan korupsi…

Apa lagi yang nak aku harapkan dari sebuah Negara?

Cukuplah aku tidak ditindas macam rakyat di Gaza…

Aku masih boleh bekerja dengan kelulusan yang tak seberapa ini…untuk meraih rezeki yang agak halal…agakla…(bukan disebabkan aku ragu2 asal usul duit yang diberi…tapi keringat yang tak berapa nak mengalir untuk dibayar sebanyak itu…)

Ini adalah Ramadhan yang agak menerujakan…

Pertama kerana aku mahu Ramadhan kali ini mendekatkan aku pada Maha Pencipta…(harap sangat)

Kedua sebab aku nak ajar Aqil berpuasa…dan Aqil boleh dikatakan agak Berjaya untuk hari pertamanya…bangun sahur, bersahur, berpuasa di sekolah tetapi tewas dengan susu kotak dutch lady di tangan pada jam 5.30 petang…adoiyaiii…

Pun begitu aku dah cukup bangga dengan Aqil…dia berusaha…tapi apa sangat yang aku boleh harapkan pada kanak-kanak seusia 5 tahun untuk berpuasa lalu memahami pengertian berpuasa?

Ketiga… juadah berbuka adalah di bawah tanggungjawab aku…huhuhuhu…terujalah sangat! Menu pertama ialah tomyam seafood dan kangkung belacan. Hmmm…Alhamdulillah, boleh dimakan… huhuhu…memang memasak bukan bidang aku…dan aku langsung tiada keberahian untuk memasak, tolonglah!!!!!

Keempat…permintaan Muhammad Aqil Ahnaf- baju raya 2…hijau tua dan merah…hmmm… xsabar nak beli sebenarnya…tapi tunggulah dulu…

Kelima…bukanlah sebab yang best…tapi teruja jugak, sebab nak ia cepat berlalu! Ini adalah kerana 1 Syawal 1432 ini Aqil bukan bersama aku….padanlah muka aku…

Aku cuma harap yang terbaek je dari semua ini…insyaAllah.

Sunday, July 24, 2011

Amin....

“Ya tuhanku, aku tidak meminta seseorang yg sempurna, namun aku meminta seseorang yg tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di matamu, seorang ikhwah yg memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya, seorang ikhwah yg memerlukan doaku untuk kehidupannya, seseorang yg memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya, seseorang yg memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.”


petikan dari Stanza Cinta... (agak menarik  ;)  )


entah kenapa tersentuh sangat dengan ayat ni...

Wednesday, July 13, 2011

Gorila


Gorila beli buah pisang 1 biji 10sen...
Kupas kulit, buang kulit...
Gorila makan...
MMMMM sedapnya!
Dong! Dong! Dong!

Gorila beli buah limau 1 biji 10sen...
Kupas kulit, buang kulit...
Gorila makan...
MMMMM masamnya!
Dong! Dong! Dong!

Gorila beli buah petai 1 papan 10sen...
Kupas kulit, buang kulit...
Gorila makan...
MMMMM pahitnya!
Dong! Dong! Dong!

Gorila beli bawang besar 1 biji 10sen...
Kupas kulit, buang kulit...
Gorila makan...
MMMMM pedinya mata!
Dong! Dong! Dong!

Gorila beli buah ciku 1 biji 10sen...
Kupas kulit, buang kulit...
Gorila makan...
MMMMM manisnya!
Dong! Dong! Dong!

Gajah

Gajah berkaki 4...
Gelek-gelek...
Hidungnya sangat panjang...
Gelek-gelek...
Gajah berbadan besar...
Tapi gajah tak makan orang...
Gelek-gelek...

Thursday, June 23, 2011

Penangan Hencek Akal dan Cik Hati...

Hari ini seawal jam 5 pagi aku dah tersedar…


Kenapa entahlah… mungkin sebab niat aku semalam kut…

Jadi aku manfaatkan pagi-pagi buta tu dengan mengisi perut – nasi putih + kicap + telur mata kerbau…

Mood agak bercelaru…

Ada banyak perkara yang aku fikirkan minggu ini dan ia sangat mengganggu hinggakan Hencek Akal tak dapat bekerja dengan baek lantas menyebabkan Cik Hati terkandas di musim tengkujuh….

Setiba di ofis…

Aku berkunjung ke laman mukabuku…

Lalu ternampak satu link yang macam menarik…”REST OF MY LIFE versi Melayu”

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DZRS5-5g8Ycc%26sns%3Dfb&h=610ad

sangat touching…

tengah kebasahan gitu-gitu, seorang member offer home made bread…

disebabkan kekacauan yang melanda territory Cik Hati dan Hencek Akal, tindakan berlaku secara reflex jer…

tangan mencapai lalu disuapnya ke mulut…

nyum nyum nyum…

sebelum dihabiskan baki dari sekeping roti tu, kaki melangkah laju ke bilik air melunaskan apa yang patut….

Kembali semula ke meja, aku habiskan baki roti itu…

Kemudian aku di offer plax dengan pisang goreng yang lembik..aku memang suke sangat!

Makanlah seketul…

Kemudian ader lagi offer sekeping roti…bahagian untuk aku habiskan stok pagi ini…

Lalu apa lagi…

Aku bedallah…

Secara tiba-tiba…

Hencek Akal yang telah berhenti dari melakukan kecelaruan, menegur…

‘kenapa hari ini tak bawak botol air?’

Apa lagi….

Secara separuh sedar aku pon terkejut…

Muahahahaha…

Aku dah gelak dulu sebelum bercerita…

“nak tahu…? Kite dah habeskan 2 keping roti dan seketul pisang goreng…pastu terfikir, kenapa hari ini tak bawak botol air? Rupa-rupanya, kite POSE!!!!”

KAH KAH KAH KAH…

Pecah gelak kat ruang partition nih….

Adoiyaiiii…

Apalah Hencek Akal dan Cik Hati dah buat kat aku pagi nih????



p/s: bagus gax kalau buat hal tengah hari nanti…ley gax membasahi tekak yang kering membedal roti tadi… sengal!

berhenti

kiri kanan...
kiri kanan...
kiri kanan...kiri...(BERHEEENTI!!!!!)
check 1, 2!!

bila satu kata pemutus telah disebut...
bila satu ayat menyudahkan apa yang dimulakan...
bila satu pernyataan diucap membawa maksud tamat...

cukuplah!

tidak perlu dicari...
tidak perlu digali...
tidak perlu apa saja yang difikirkan perlu dibuat dilakukan.

berhentilah...

kerana,
jika dalam barisan, pasti kamu tersalah kawad.
jika dalam perjalanan, pasti kamu terlebih langkah.
jika dalam perbuatan, pasti kamu melampaui batas.
jika dalam perhubungan, pasti kamu hanya memburukkan keadaan.

pulanglah ke asalmu...
kerana aku sudah berada di tempatku!