..................

trying 2bsimsucb4

Friday, January 1, 2010

Azam...

Tahun 2010...
Tak sangka aku kini telah pun melewati umur 20-an dan memasuki era 30-an..
Bila merenung ke belakang, apa yang telah aku tinggalkan?
Baaanyaaaakk sangat!
Dan apa yang aku bawa bersama hari ini?
Hanya sebahagian sahaja..
Lalu, apa yang bakal tinggal untuk bekalan masa depan?
Hmm..harapan tu memang ada...

Azam?
Sejak dari 1 Muharram 1431H lagi aku terfikir2 apa yang nak diazamkan tahun ni...?
Hari ini aku dicetuskan dengan 1 idea yang agak bernas...
'AKU INGIN MEMBANTU AQIL AHNAF PANDAI MEMBACA, MENGAJI DAN MENGIRA, DAN AKU AKAN PASTIKAN DIA SEBAHAGIA RAKAN SEBAYANYA'

Aku tahu sebagai single parent ada banyak perkara yang akan buat aku rasa down..
Tapi dengan adanya Aqil Ahnaf, keluarga dan kawan2 yang memahami.. Aku yakin aku dapat melangkah bagi meneruskan hidup menjadi sebaik yang aku boleh dan berdiri setegap yang aku mampu agar Aqil boleh berpaut padaku tak kira dalam apa juga situasi.
Tapi aku akan didik dia agar berdikari dan cekal kerana kekuatan fizikal sahaja takkan mampu menahan dugaan yang mendatang. Dia harus tabah, bersemangat,ceria dan bertenang.
Doaku akan sentiasa bersama Aqil..

Untuk aku?
Kebahagiaanku adalah kebahagiaan Aqil Ahnaf... Hanya dia yang aku ada... Dan hanya pada dia aku curahkan segalanya...
Ibu sayang Aqil...mmmmuuaaahhh..

@nuha

Wednesday, December 30, 2009

duit RM10...

semalam aku tercicir sekeping duit RM10 di lobi tingkat 7,
aku tak menyedarinya dan aku cuma tahu aku kehilangannya  bila ada ternampak sekeping duit RM10 bersama nota makluman di meja punch card...
pada mulanya aku ingat nak sedekahkan jer duit tu kat tabung kelab, tp bila dah petang tu aku tanya jugak pasal duit tu kat CC...
pagi ni aku dapat balik duit RM10 yang aku niat nak sedekah tu...
tengahari ni, entah macam mana semasa nak keluar lunch...
aku tercicir lagi duit RM10...
tapi kali ni tempat kejadian tak dapat dikesan...
kemungkinan besar ia berlaku semasa perjalan ke KBS...
lalu aku duduk di meja makan dan terfikir...
'klau dah tak de rezeki tu, buat macam mana sekalipun insyaAllah takkan dapat'



hmmmm...redha je la...

Tuesday, December 29, 2009

Ingat....

berlari...
laju lagi...
deraskan lagi langkah...
namun...
benarlah..
tiap masa yang berlalu,
jika ia mahu pergi...
ia akan pergi...
takkan dapat ditahan...
takkan dapat diulang lagi...
apa dayaku?
apa yang mampu aku lakukan?
untuk menahan masa dari berlalu???
mana logik akalku jika aku fikir aku boleh melakukannya?
gila!
tapi aku tahu...
aku jelas akan lumrahnya...
aku terima ketentuanNya...
aku...
aku menikmati setiap masa yang sedang melintasiku...
aku akan mengejar tiap detik yang ingin berlalu dariku...
dan.....
aku pasti akan menghargai setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun yang telah berlalu...
terutama sekali....
ya...
terutama sekali saat-saat indah yang penuh pengertian, kesan dan perasaan...
ia akan diulang lagi...
dalam ingatan...
bersama penghayatan...
dan gurisan halus yang terhasil dari ingatan itu akan aku abadikan...
menjadi monumen yang tinggi, tegap dan berwarna keemasan...

ingat...
jangan aku lupakan akan itu...

Kerna Ku Sayang Kamu


seandainya kau ada disini denganku
mungkin ’ku tak sendiri
bayanganmu yg selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
ku ingin bersama dirimu
ku tak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
‘kan slalu kunanti
karena ku sayang kamu
hati ini selalu memanggil namamu
dengarlah melatiku
ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yg lain
adakah rindu di hatimu
seperti rindu yg kurasa
sanggupkah ku terus terlena
tanpamu di sisiku
ku kan selalu menantimu

...dan aku sangat menyayangimu....

Monday, December 28, 2009

Sayang...




Merenung ke mata sayu
Menerbit mega cinta yang jingga
Sayup menghilang berganti kelam
Bagai tak mungkin bercahaya lagi
Seperti tiada dinihari di sini...

Bersinarkah langit di sebelah sana?
Akan birukah warnanya?
Akan menyerlahkah pancaran suria?

Yang pasti
Tika malam menjelma
Ku harap dia menantikannya
Tatkala matamu dipejam
Aku akan hadir menghangatkan tidur
Agar kau lena dibuai mimpi
Hingga kau terjaga
Kembali tersenyum
Bersama semangat
Dan terus melangkah..

.........jadi??

Minggu yang sungguh memenatkan...

Tahniah Ali & Syikin... Smoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Menghabiskan masa di kampung cukup menenangkan...

Macam terlupa bahawa di situla tempat aku membesar...

Persekitaran yang cukup mendamaikan dan tenang...

Dikelilingi pokok2 hijau dan bunyian unggas...

Kalaulah ketenangan itu kekal bersamaku...

Aku teringat akan kata-kata dari entah saper ntah...

" selalunya bila satu keputusan telah dibuat dan dilaksanakan,
apabila pengingkaran terhadap keputusan itu berlaku... Selalunya keadaan akan jadi tidak sama seperti sebelumnya..."

seperti contoh:

Sekeping biskut yang memang sangat sedap dimakan begitu saja telah kite nikmati setiap hari selama beberapa bulan...
Tetiba satu hari kite mengambil keputusan untuk tidak makan biskut itu lagi...(atas sebab bakal menjadikan kite gemuk atau apa saja masalah yang memang difikirkan logik)...dan kite berjaya menyekat nafsu makan tu untuk beberapa hari... tapi, entah macam mana peluang untuk makan biskut tu tetiba muncul... tanpa fikir panjang dan didorong keinginan yang kuat. biskut itu dijamah...
Guess what..?? kenapa rasa biskut tu tidak sama seperti yang sebelumnya? walhal, masih bentuk, asal dan ramuan yang sama?? Sedap? Hmmm.. Meleset... Terasa seperti tidak sesedap dulu... Lain benar rasanya!
Mungkinkah rasa yang ader telah ditambah dengan kemungkinan2 yang bakal berlaku sekiranya ia diteruskan lagi?

Jadi? haruskah biskut itu dimakan lagi?

Tuesday, December 22, 2009

terima kasih...

seindah sinar mentari yang mengintai di sebalik kawanan awan...
aku tahu kau di situ...
biarpun tak kelihatan...
namun bahangnya tetap aku terasa...

terima kasih...


@nuha