..................

trying 2bsimsucb4

Sunday, December 20, 2009

Mencinta

Aku yang mencinta
adalah salah ketika memilih
Aku yang mencinta
adalah salah ketika melangkah
Aku yang mencinta
adalah salah ketika mencintanya

@budak nakal

Dan tika perasaan kian jelas
Aku harus berhenti
Agar tidak dikaburi
Agar tidak menyakiti
Agar tidak menyesali
Tidak kerana cinta prinsipku lupa
Tidak juga kerana dia aku leka
Tika aku pernah terluka
Takkan tergamak aku melukakan..

@nuha

Saturday, December 19, 2009

Tidur

Di kala terang berganti kelam
kupu-kupu pejamkan mata
kunang-kunang terangi mayapada
bila raga telah letih berjalan
tidur adalah satu tujuan
untuk mendapatkan kedamaian
tidurlah wahai sahabatku
berselimut bulan dan bintang
seiring dengan doaku
semoga para malaikat syurga
menjaga lelapmu
hingga pagi kembali menyambutmu


@budak nakal

Thursday, December 17, 2009

MISSING....

A.B.C.D.E.F.G.H.I.J.K.L.M.O.P.Q.R.S.T.V.W.X.Y.Z....



MISSING...


>>>>>sunyi jer hari ni...hanya 2 sms jer diterima... rasa macam rugi jer ader henpon besar punyer tp xberbunyi... elok gax, save sket bil tepon nanti... nak abeskan RM30 ehsan dr kawan baek pun jenuh ni...hehehe...


SALAM MAAL HIJRAH 1431...




@nuha

Cintamu



Cintamu,
Yang kurasa walau tak terucap,
S'makin dalam
Cintamu,yang terukir di batas cintaku,
Selamanya

Tak pernah kumencoba,
Lepaskan cintamu walau sesaat,
Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu
Kuingin s'lalu dalam,
Cintamu

Dan tiada yang kan memisahkan,
Selamanya
Cintamu,
Yang terlimpas, terbias matamu
S'lama ini

Adakah di hatimu,
Terbesit satu harapan untukku
Tuk berjanji selamanya kan selalu milikku

Satu cinta,
Tak pernah kumencoba,
Lepaskan cintamu walau sesaat,
Sejujurnya diriku terlelu sayang padamu
Kuingin s'lalu dalam,
Cintamu...



@dygta

Wednesday, December 16, 2009

Ceritaku...




Aku punya seseorang yang aku gelarnya sebagai kawan baek...
Pada mulanya...
Aku gembira mengenalinya..
Bila dah kenal...
Aku cukup menghormatinya...
Aku letak kepercayaan yang tinggi padanya kerana aku yakin akan tiap buah fikirannya...
Kami bercerita tentang semua perkara tanpa batasan...
Setiap masa...
Aku sentiasa pasti dia akan ada di situ tatkala aku memerlukan dia...
Ya.. Dia memang di situ.
Lama kelamaan...
Perasaanku beralih...
Aku jadi tak sabar menanti pagi Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat untuk menyapanya...kataku ' Salam dan selamat pagi  :) '...
Sudah menjadi rutinku...
Seandainya ia tidak aku lakukan, pasti menimbulkan rasa aneh di hatiku...
Ketaranya...
Laju tanganku membalas mesej dia...
Paling nyata...
Terusik hatiku apabila dia menghantar kata-kata istimewa...
Tragisnya...
Tiap kali hendak berjumpa,
Debaran yang melanda pasti membuat tidurku tidak lena.
Tak sabar menanti detiknya!
Paling berkesan...
Apabila berada dekat dengannya aku rasa bahagia...
Rasa sungguh selesa...
Rasa tenang...
Rasa sangat istimewa...
Makin parah perasaan ini...
Apabila mata bertemu,
Jantung bagai mahu gugur...
Apabila dia senyum,
Seluruh tubuhku seakan bergetar...
Dan apabila dia memegang tanganku,
Aku terasa melayang ke udara tak jejak di tanah...
Yang pedihnya...
Dia hanya boleh menjadi kawan baek...
Hanya kawan baek...
Kerana dia tak mungkin dapat menjadi lebih dari itu...
Kebahagiaan yang telah dia miliki tak berbaloi untuk dirisiko demi aku...
Dia adalah yang terbaik!
Oleh itu, aku mahu yang terbaik untuknya...
Jadi, aku lafazkan juga kata perpisahan pada hari ini 15122009..
Sedangkan bibirku ingin mengucapkan betapa aku amat menyayanginya...
Meluahkan perasaan yang telah berbunga di hati ini...
Tapi, mungkin ini adalah yang sepatutnya...
Dia akan tetap dalam ingatanku, kekal mengisi ruang hatiku..

Menjadi satu-satunya matahari yang sentiasa aku nantikan sinarannya.

Teman,
Andai tiba suatu masa...
Kau keseorangan...
Bingung mencari arah tujuan...
Terduduk dek tamparan keadaan...
Palinglah ke sini...
Aku akan tetap di sini...
Bersedia menghulur tangan...
Membantumu dengan seluruh kemampuanku...
Biarpun ia cuma sekejap...

Dan...
Aku akan terus bertahan...
Berpegang pada kekuatanmu untuk berdiri semula...

Salam perpisahan...

Monday, December 14, 2009

Aku...??




Aku ingin keluar...
Ingin menunjukkan siapa aku sebenarnya...
Aku ingin menyerlah...
Membuktikan apa yang aku ada untuk dia...
Aku ingin dia tahu kewujudanku...
Bahawa aku sama seperti dia yang ada di dalam itu...
Aku ingin semua sedar kehadiranku...
Ada aku kerana dia dan bersama dia...
Siapa aku?
Aku yang ada dalam hati ini...
Aku yang dikenali sebagai perasaan...
Lebih mesra dipanggil Sayang...
Tapi...
Mustahil aku berupaya menembusi tembok itu...
Aku tak mampu...
Aku tak mungkin berjaya...
Lalu...
Aku akan diam di sini...
Sesenyap yang boleh...
Biarpun keinginan melonjak2...
Dan kemahuan meluap2...
Aku akan terus berkunci di sini...
Hingga tak siapa sedar adanya aku di sini...
Di dalam hati... 
Jangan ada yang membukanya,
Kerana aku tak mahu keluar...
Aku takut?
Sangat takut!
Semua itu sungguh menakutkan!

Saturday, December 12, 2009

Aku Si Belon Angan atau Si Batu Pemberat

Jika aku adalah belon...

Selalu terjadi, tiap kali bila aku adalah Belon Angan naik dan cuba terbang tinggi tapi kemudian ikatan aku si Belon Angan terbuka...
Kemudian, bertaburan pergi isi perutku...
Namun, entah kenapa masih aku adalah Belon Angan akan ditiup lagi?

Tu pasal, sebolehnya aku mahu melekat di tanah...
Kekal menjadi si Batu Pemberat...
Buatla apa saja, aku akan tetap begitu dan begini...
Cuma kekadang terasa bagai terangkat sendiri seperti nak melayang...
Akhirnya, aku jatuh terduduk...
Itu pun kira nasib baik lagi...
Kerana selalunya aku jatuh, tersungkur dan bertongkat untuk berdiri semula...
Kerana kadang tu aku tertenggelam ke tanah...
Hahahaha...
Eh tapi sebagai Batu Pemberat, aku hanya akan pecah tika mengalami proses luluhawa yang berpanjangan...
Hmmm..

@nuha