..................

trying 2bsimsucb4

Monday, December 7, 2009

Sasau

***sajak manusia sasau namanya ni***

bila kau kata "tak sayang"
aku menjadi manusia angau yang lemau
menyumpah diri menjadi bangau
tertunduk sorok kepala dibalik kepak
dan bertapa di tepi danau
cuba mengubati rasa galau

bila kau kata "tak sayang"
aku menjadi manusia gila yang sasau
rasa macam mahu teriak dan buat aksi terlampau
tapi takut kena penampau
tak pun kena halau...

bila kau kata "tak sayang"
aku menjadi manusia angau yang lemau
gila dan sasau


@budak nakal

dan...


dan ketika bulan sembunyi
bayang wajahmu seketika menjadi nyata
menjadi bara yang pernah redam memeluk kosa kata
mencairkan vena rasa di kutub utara jiwa

apakah kau tahu
hangatmu selama ini memberi kehidupan atas kedinginan musimku..

dan ketika alam berpelukan
dalam kedinginan malam...
aku kembali tertunduk...
menyeka bening kristal di sudut lensa rinduku...


@budak nakal

Sunday, December 6, 2009

hmmm...

Meraih sebuah ingatan menimbulkan sebekas rindu..
Mengalir hangat ke segenap kapilari justeru menerbitkan ransangan keterujaan dan menjadikan bayangannya memenuhi ruang..
Di sini, di sana dan di mana2..
Cintakah itu?
Atau hanya kasih sayang?
Yang hadir bersama sepi dan menghalau sunyi..
Namun..
Ia bagai menoreh hati dan bendalir yang keluar akan mengaburi akal..
Aku..
Bakal bertindak mengikut fikirku..
Kau..
Adakah akan merelakannya?

@nuha

Friday, December 4, 2009

Bukan..

Menyata kehendak hati bukan semudah menutur ucapan sayang...
Mengukir seulas kebahagiaan bukan sesenang memahat ukiran...
Memiliki sebuah jiwa bukan seringan memikul seguni beban...

Namun...
Semua itu seolah2 mudah diminta dan
mengharapkan perkara itu berlaku bagai mengerlip mata dan...
Taaadaaa...
Tersedia sudah semuanya...

Payah...
kadang tak upaya untuk dilakukan...

@nuha

Sunday, November 29, 2009

Bagaimana Ia Hadir??

Bagaimana ia hadir?

Apakah kerana manisnya wajah?
Kerana mata yang bundar?
Kerana ulas bibir yang cantik?
Kerana pipi yang merah?

Atau...

Ia hadir kerana ...

Pertemuan yang kerap..
Kemesraan yang terjalin...
Persefahaman yang baik...
Kepercayaan yang tinggi...
Kerjasama yang berterusan...
Keprihatinan yang jelas...

Maka...

Ia telah menerbitkan rasa kasih,
Menyuburkan sayang,
Menumbuhkan cinta.

Dan

Ia bakal kekal di hatinya,

Atau

Diulang proses tatkala hadir yang baru...

Bagaimanakah ia hadir?

@nuha

Saturday, November 28, 2009

271109...

Dalam kesamaran membidik kata
Irama sumbang mengalun lagu
Andai pilihnya memaling muka
Nyanyian tidak kedengaran merdu

Nyata hati digores pilu
Alir biasnya menerbit rasa
Indah hanya mencipta sayu
Syair merayu tiada bermakna

Mentari sirna cahayanya malap
Awan memutih menjadi kelam
Andai sinar menyuluh gelap
Fitrah siang mengganti malam


@nuha

Saturday, November 21, 2009

Polis

Andai ada polis trafik
Yang menjaga lalu lintas perjalanan cinta...

Tentu! Sudah tentu
Berkali-kali aku disamannya...

Kerana aku terus mencintai
Meskipun sudah seharusnya berhenti!!!!

....budak nakal....

Dan andai aku akan naik mencecah awan
Setiap kali hati ini dilambung angan-angan sebuah kemesraan
Sudah pasti berkali-kali juga aku jatuh menyembah tanah
Maka hancur luluhlah tulang belulangku
Dan yang ada kini hanya sebuah ingatan..

@nuha