..................

trying 2bsimsucb4

Friday, April 10, 2009

Sunan

Betapa keindahan iman bisa menyerlahkan kemuliaan pekerti dan kejernihan peribadi...
Santun tingkah lembut menggegar jiwa...
Saat jelingan menyinggah di hati,

bagai terkesima bicara biarpun tanpa hadir di realiti...
Gerak tari perjalanan bagai tak terjejak keluh dan kesah...
Membasah bibir memuja Pencipta...
Mendidik batin menunduk akur...
Biar betapa hebat diri dipuja, namun ihsan dan ikhlasnya tetap bersandar atas kepercayaan...
Kasih yang tertumpah bisa melukakan jiwa yang memandang..
Amat membahagiakan bila membanjiri sanubari...
Nyatanya, dia tiada berjiwa...
Hadir cuma mengisi minda...
Namun, ruang hati ingin dia mengisi...
Mengkagumi bukan pada paras,
Mengasihi bukan pada budi,
Menyayangi bukan pada bicara...
Pendambaan cuma pada ketaqwaan...
Mengharap kilauan keputihan iman bisa singgah menyaluti hati....



@nuha

Sunday, March 22, 2009

UTM Skudai-GIS II

Kali kedua menjejakkan kaki ke sini bagi tujuan yang sama, iaitu mendalamkan pemahaman mengenai GIS. Sesi pembelajarannya amat memuaskan, walaupun sesekali mata ini seolah-olah ditarik-tarik supaya tertutup dan berdengkur maka sekaligus membuatkan penyungkuran yang tragis... Namun,hasilnya memang memberansangkan...kursus sebegini bukan sekadar belajar ilmu baru,ia juga mendedahkan perkara baru, dan mencetus idea ke arah penambahbaikan dalam tugas seharian di opis...(mcm 5S plaks)...sebenarnya seronok jugak belajar, tapi ia perlu disertai azam dan keyakinan yang kuat agar usaha, masa, dan peluang yang ada tidak berkesudahan dengan hasil yang sia-sia...insyaAllah...
Terima kasih buat tenaga pengajar yang memberi tunjuk ajar di depan dan dibelakang...Semoga ilmu yang diajar diberkati dan kalian sentiasa dirahmati...amin...
Terima kasih juga buat kawan-kawan yang menceriakan hari sepanjang kursus di UTM Skudai, anjuran Jabatan Geoinformatik...best!

@nuha

Thursday, March 12, 2009

dia...aku...

Dia masih dia yang kukenal dulu,
Masih dia yang dingin,
Masih dia yang jauh dari ruang hatiku.
Dia masih dia yang berdiri di situ dan hanya mengharap perhatian.
Dia tetap dia yang dulu, kini, dan akan datang.
Aku...
Aku bukan lagi aku yang dulu,
Aku bukan lagi yang selalu mendamaikan,
Bukan lagi aku yang mempunyai dia dihati,
Aku adalah aku yang berdiri di sini mengalihkan perhatian.
Aku tidak lagi aku yang dulu, untuk kini dan akan datang...
Apa dicita bintang di langit,
Jika mentari megah bercahaya,
Apa disuap ulam yang pahit,
Jika yang manis telah tersedia.
Berlari arus mengejar ke muara,
Gugur daun menghanyut diri,
Hati lara di biar sengsara,
Ibarat kaku disangka mati....


@nuha

Tuesday, March 10, 2009

Kuantan, Pahang

Percaya atau tidak, akhirnya tiba juga kami ke negeri Darul Makmur ni...mulanya diri sendiri pun was was dgn kptsn nk drive sendiri ke sini.tapi belum cuba mana nak tau,kan? dan bkmungkinan ini adlah pcubaan yg t'akhir...harharhar...bygkan,pjalanan org lain mungkin plg lama pun 3-4j tp aku bsama aqil dan ida meredah highway slama lebih 6j...penat,toksah katalah...kesebatan kancil 660 auto memang jelas,krn hanya lyk bgerak di lane kenderaan berat...setiap RnR mnjadi psinggahan...fuh...di saat mjejakkan kaki ke laman hotel Seri Malaysia,kaki ni trasa bergegar...osteoporosis...mcm mlyang2 je bila bjalan...aktvt kursus agk padat dan ia mbuatkan masa rehatku tbatas. namun,masih sempat mbawa aqil n ida ke tluk cempedak mlihat laut china selatan...hajat hati nak bagi aqil berendam air laut,mklumlah dh lama sgt xjejak kaki ke pantai.tapi hajat ku tbantut sbb aqil bukan setakat xnak mandi,nk jejak kaki ke pasir pun dia xmau.puas dipujuk,namun xbjaya...dia masih kuat bpegang pd kehendak hatinya...biasalah budak2...cuma org dewasa sj yg sll mengenepikan hasrat hati demi ssuatu yg belum pasti...pmandangan yg sungguh mngasyikan,dibuai angin laut yg bcampur bau masin cukup menterapikan diri ni.hilang sekejap ketawaran hati untuk bdepan dgn kehidupan ini...oleh krn ongkosnya agk tipis,cuma aqil mdapat cndrahati dr kuantan,spasang baju bercop teluk cempedak...mlm yg t'akhir diisi dgn aktvt libur.rmai yg mnyerlahkn bakat mnyumbangkan lagu...puas jgk disuruh n dipujuk,tapi syukur akal ni masih waras...jika tidak pasti malu sepanjang hayat dek lagu yg tersumbang...program Super 5S ni byk mdedahkan ciri2 5S yg sebenarnya dan mengajar cara2 mngatasi mslh...buat aku tfikir,jln penyelesaian sbnrynya byk,cuma kdg2 tak terfikir dek akal yg cetek...untuk smua aktvt yg dijlnkan, kumpulan kami dianugerahkan tempat ke-3.syukur.memang enjoy,tapi mendatangkan kesan buat diri ini...terima kasih kawan2-kak bibah,en.sapik,en mahathir,marliana n kak rin(D'LEEMA).pjalanan pulang seperti diduga memang agak mencabar...disebabkan jem hampir sejam kt Lentang,kancil kesayangan ni buat hal...tatkala bjaya melepasi kegilaan jem yg xtau disebabkan oleh apa,ia mrajuk agaknya...klajuan hnya sekitar 20km/j sj mampu dlonjak...cukup mencabar kesabaran...tapi masih bjaya memotong lori besar...macam hampeh...nak menyampaikan ke genting sempah yg jaraknya cuma 5km pun ambil masa 15min...namun,tiupan angin dingin yg menemani pjalanan itu sedikit sbanyak mbantu aura positif mengekalkan harapan untuk sampai ke RnR itu.selepas menyejukkan isi perut si kancil putih,kami bergerak semula..wlaupun masih bersisa kesebatannya,namun ia bejaya dikawal dan akhirnya mluncur laju membelah keredupan senja...biarpun begitu,aku bersyukur kerana bjaya mgharungi pjalanan ini. tapi utk mengulanginya,biarlah aku fikir dulu...har har har...mungkin nampak remeh,namun kesannya buat yg mlaluinya pasti bbekas bak dipijak oleh kaki yg memakai safety boots...perghhh...


@nuha

Wednesday, February 25, 2009

bETapa

Betapa indah saat matahari mengintai hari...
Sinar menyuluh kelam...
Memancar seri alunan irama dinihari...
Betapa sayu saat bulan menyingkap tirai...
Kerlipan halus nun jauh di langit menggamit khayalan...
Deruan lagu begitu manis meneman tidur...
Betapa semua yang berada di antara sinar si matahari dan sirna sang bulan menghadirkan rutin hidup...
Putaran yang seakan-akan berjalan dan adakala seolah-olah berlarian...

Berlalu mencuri sedikit demi sedikit ketenangan...
Hingga kini yang berbaki hanya keresahan...
Belum sempat menggapai angan, bagai libasan sayap,

sekelip mata menerbangkan harapan...
Betapa segala-gala ini belum berdaya dijangkau...
Belum upaya diraih...
Belum gagah dipertahan...
Sedang denai dilingkari akar,

terselit onak berbisa menanti menyapa jiwa yang menjejak lebuhraya...
Mencari hala sebuah perjalanan yang diimpi tidak sukar,

diharap menenangkan,

diminta keberhasilan, dan dirayu kepastian...
Betapa...
Biar berjuta telinga ditadah mendengar rintihan,
Hanya seulas senyuman bakal terukir dari sekeping hati yang lara...
Betapa semuanya harus diteruskan,

selagi sepasang mata masih mampu bergenang,

selagi doa mampu ditadah, selagi otak mampu berfikir...
semua ini bakal mendewasakan...semua ini bakal diberi ganjaran...
semua ini bakal memberi pengajaran...
selagi itu hati mampu bertahan,

bersabar sambil menari menurut rentak cerita yang sedang dilakonkan...


@nuha

Wednesday, February 18, 2009

daa..

Apa yang berlaku tatkala minda berputar menyusuri batas persoalan?
Hati terbahagi dua... Jiwa terbelah rasa...

Sering, pabila terjumpa kunci pengungkai bicara, ia hilang dan dikejar sepi...

Berupayakah sebentuk hati yang sedang diukir perkataan S.A.Y.A.N.G menangkis getaran berbaur keresahan di saat pahat menumpul dan ukiran bagai tercela?

Biarpun hati sekuat kayu, andai tangan tidak berseni mengalun alat barangkali bakal bersepih jalurnya...
Betapa mengingati sebuah kisah yang pernah melewati hati amatlah menggusarkan...

Bagai sentuhan yang mengasyikan...

Namun kian perlahan kulit terasa kebas, lalu ia tidak berasa lagi...

Di sentuh atau dipukul sekalipun ia bakal tidak mendatangkan rasa...

Kebal di hati, menzahirkan reaksi kurangnya refleksi...

Soalan demi soalan melingkari fikiran, namun jawapan belum hadir...

Yang ketara menyinggah cuma ayat penguat persoalan...

Betapa tebal jadinya, lalu payahlah bunga2 kata disusun menjadi ayat lengkap bagi menghasilkan sebuah jawapan yang mantap dan mampu diterima akal...
Bila jalan ini dia yang pilih...
Duri ini yang bakal ditempuh,

dahan ini yang bakal disentuh,

pohon ini tempat berteduh,

dan diharap jgn pula dia beraduh...
Mengisi ruang merawat rindu...
Setinggi ombak di laut,

selembut bayu mengalun,

sekuat dahan dipaut,

seasyik buai berayun...
Saat tiba realiti...
Gemersik nyanyian dilagu,

sekuat rebana dipalu,

terbit sinar yang sirna,
menarik hati meraih sayu…

berhembus bayu melarikan perit yang mencalarkan helaian waktu,

kian rabak tatkala getaran mula menggegar fikiran...
Nyata,

kepahitan yang berasa kekadang xmampu hilang dek kenangan bergula...
Biar dirayu tangkai hati,
Biar dirajuk gelora jiwa,
Ia tiada upaya menahan runtuhan memori yang menenggelamkan erti kasih dan cuma berbaki kasihan buat persekitaran...


@nuha

Cerita Teman..

Berkata seorg teman padaku,
'aku dah jatuh cintalah...'

lalu terputar kepala otak ini, apa sbnrnya yg dimaksudkan dgn jatuh cinta?
Padaku, ia satu prasaan yang bakal kekal biarpun konflik sebesar gajah melanda skalipun.
Ia bakal meninggalkan kesan di minda n sanubari yang paling dalam.

Ia juga satu prasaan yg bakal mendamaikan bila dekat dan meresahkan bila jauh.

Namun, kenapa ada ketikanya…
Bila konflik berlaku, bila muncul tarikan baru, bila hilang di mata... Ia bakal menimbulkan status 'it's complicated'...kenapa ye?
Berkata lagi temanku,
'Aku asik teringat je kat dia'
Padaku ingatan itu bagai bayu yang bertiup, bila bertiup maka akan terasa nyamannya, bila xbertiup sumber lain akan dicari, xkiralah jenis apa sekalipun..
Berkata lagi dan lagi temanku...
'aku rindu sgtlah...'
Rindu adalah perasaan yang subjektif tapi senang nak menggambarkannya...
ia seperti ekon yang sengaja dipasang...bila bila diset semakin sejuk, makin tajam ia menusuk bagai mencucuk ke tulang menembusi kulit yang tebal...dan jika mendapat selimut yang sesuai bagi menselesakan diri, maka akan bermimpi hingga ke pagi...
Jika tidak...sungutan dan keluhan bakal menemani tidur, dan jika hatinya panas dalam kesejukan itu, tidak mustahil punat OFF akn ditekan.

Dengan itu, “tertutup sudah pintu, pintu hatiku yang pernah dibuka untukmu...”
Teman ku dengan lagi berkata...
'aku tiada perasaan, cuma kasihan'
Well, padaku ia bakal menyesakkan ketenangan yang sedia ada kerana perasaan dari jenis ini bukan hanya dirasai oleh temanku, malah bakal disedari oleh teman yang sungguh kasihan itu...
Ia bakal mencetus jurang yang bakal mencabar ego memasing dan sekaligus meninggikan paras kedalaman jurang itu...
Akhirnya, siapa mangsa dan siapa pemangsa pun tidak dapat dikenalpasti...bagai sebuah kes jenayah terancang.

Akhir kata...
Bile asik mendengar teman berkata-kata, buat aku rajin nk memikir...dalam setiap kejadian ada perancangan di sebaliknya...ada workflow yang hasrus diikut...biarpun ia memang xdirancang...
biar baik, biar buruk...jika dah ditakdirkan berlaku...ia bakal berlaku juga...
kita xdapat nak mengubah satu jiwa mengikut acuan hidup kita, namun kita berupaya mengubah acuan hidup kite bagi memuatkan hidup kita ke dalam hidup oarang lain...itu agak mudah sebenarnya...

@teman..nuha??