..................

trying 2bsimsucb4

Thursday, August 3, 2023

Kedekut

Tiber keluar satu soalan...
Adakah aku kedekut? 
Ya. 
Kedekut nafkahnya, kedekut kederat, kedekut masa, kedekut idea... 
Masa bila aku akan memberi tanpa nanti? 
Belum masanya lagi. 
Dengan tapi, itu masih lagi. 
Tiada bantuan akan diberi biar pun tahu ada keletihan di situ. 
Tiada lebihan akan ditawarkan biar pun ketara keperluan adalah nyata. 
Namun, masih saja meminta untuk diberi tanpa kira. 
Aku fikir, aku siapa? 

Sunday, July 23, 2023

Tahap

Aku, bila kata takde duit...

Dalam purse ada RM0 dan dalam bank tak sampai RM5... 

Dia, bila kata takde duit...

Dalam purse kurang RM100 dan dalam bank pun kurang dari RM100... Tapi masih boleh beli barang, refill vape, isi minyak dan makan.

Setiap kita punya tahap ketiadaan masing-masing. 

Biarlah Dia dengan cara Dia... 

Dan Aku dengan hidup ku, lillahitaala. 

Tuesday, June 27, 2023

WUKUF 1444H

26 Jun 2023 | 9 Zulhijjah

Lailahaillallah wahdahula syarikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ala kulli syai-in qadir.
“Tidak ada Tuhan selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.”
Doaku hari ini...


Ya Allah Ya Rabb
Ampunkanlah dosa ku
Ampunkanlah dosa mak dan ayah ku
Ampunkan dosa kedua mentua ku
Ampunkan dosa anak-anak ku
Ampunkan dosa adik-adik ku dan seluruh keluarga mereka
Ampunkan dosa seluruh umat muslimin muslimat yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia

Ya Allah Ya Rabb
Murahkanlah rezeki ku
Kurniakanlah rezeki yang berkat dan jauhkan dari perkara syubhah dan haram
Berikanlah aku duit yang banyak yang akan aku gunakan ke jalan Mu, untuk aku langsaikan hutang-hutang ku dan keluarga ku, untuk aku bantu ahli keluargaku dan mereka yang di sekeliling ku.

Ya Allah Ya Rabb

Sihatkanlah tubuh badan ku

Sembuhkanlah segala penyakit yang ada dalam tubuh ku ini

Jauhkanlah dari penyakit berjangkit dan yang akan menyusahkan mereka yang di sekelilingku


Ya Allah Ya Rabb
Jadikanlah aku orang yang kaya di dunia dan mewah di akhirat
Masukkanlah aku, anak-anak ku, mak dan ayah ku, adik-adik ku dan ahli keluarga mereka, keluarga mentua ku, suami ku, kawan-kawan ku, jiran-jiran ku dan seluruh ahli keluarga ku ke syurga Firdaus tanpa azab dan tanpa hisab.

Ya Allah Ya Rabb
Jemputlah aku, kawan-kawan ku, suami ku, anak-anak ku ke Baitullah.

Aku berhajat untuk mengerjakan umrah lagi tahun ini...

Aku berhajat untuk merasai umrah di musim sejuk, jemputlah aku...

Aku berhajat nak bawa suami ku, anak ku Muhammad Aqil Ahnaf, kawan-

kawan ku - Abu Hanifah bin Othman, Nur Ayu Shafiqah binti Shaharom

dan Abdul Salam secara percuma untuk mengerjakan umrah. Rezekikan

aku untuk bawa lebih ramai orang mengerjakan umrah secara percuma.


Ya Allah Ya Rabb

Jemputlah aku menunaikan Haji pada tahun depan...

Aku berhajat untuk tunaikan Haji dengan sempurnanya sebelum umur ku

mencecah 50 tahun.


Ya Allah Ya Rabb

Aku mohon untuk sentiasa dekat dengan Mu

Aku mohon sentiasa berselawat ke atas kekasih Mu

Aku mohon untuk dihidupkan semula bersama-sama kekasih Mu dan

masuk ke Syurga Firdaus bersama kekasih Mu...


Ya Allah Ya Rabb

Peliharalah dan dilindungilah zuriat keturunan ku dari azab api neraka dan

godaan syaitan yang direjam...

Jauhilah zuriat keturunan ku dari maksiat, zina dan dosa-dosa besar

Jadikanlah zuriat keturunan ku pejuang agama Mu

Jadikanlah zuriat keturunan ku hamba Mu yang soleh dan solehah

Jadikanlah zuriat keturunan ku pecinta kekasih Mu

Cintailah zuriat keturunan ku, Ya Allah...

Masukkanlah zuriat keturunan ku ke Syurga Firdaus tanpa azab dan tanpa

hisab.


Ya Allah Ya Rabb

Matikanlah aku, mak dan ayah ku, mentua ku, adik-adik ku, anak- anak ku

dan kawan-kawan ku dalam husnul khatimah.


Temukanlah kami di syurga Mu


aaamiiin ya Rabbal alamiiin


Saturday, August 28, 2021

12 minggu

Pernah dulu, satu cereka dicipta bagi memutuskan ikatan yang belum ada.
Berjaya pada mulanya, namun bertahan untuk 3 minggu sahaja. 
Kemudian yang tiada ikatan terlansung juga.
Menahan, tertahan dan tidak termenahankan hingga tiba minggu itu. 
Jika tidak disakiti, masakan hati akan terguris?
Lalu teguran menjadi kesalahan. 
Lesap begitu saja...
Tanpa bicara... 
Tanpa berita...
Tanpa peduli. 
Jika hanya seketul hati ini, mungkin berpadanlah diperlakukan.
Namun, ada 4 ketul lagi yang menanti dan mengingati... 
Hampa.
Bencinya hanya dengan sekali laku dicampur teguran. 
Lalu maaf juga terdengar sumbang.
Maka... 
Menantilah hingga 10 minggu lagi...
Kiranya puaslah sudah menakhodakan kami di sini, lalu berangkatlah menghentikan ikatan yang terjalin. 
Hanya insiden di minggu itu... Tamatlah cerita Kamu.
Sedang dia yang berkali melukakan masih dihadap, Malah ketara ketidaksaksamaan perhatian dihambur di sini didiamkan saja. 
Biarlah Allah sahaja membalasnya.

Hingga tiba minggu itu. 

Saturday, August 14, 2021

Kain Buruk

14082021
Mungkin dah terlalu lama ia dijalin, maka kini timbul kemeluatan yang amat sangat.
Untuk sesuatu yang bernilai, pasti difikir cara dan jalan untuk mencantikkan, untuk dihiasi, untuk dibesarkan, untuk dipelihara dengan lebih lebih lebih lagi. 
Bagi sesuatu yang tidak bernilai pula... Sumbang dan sumbing dek akibat perbuatan kita hanya berkesudahan di bakul sampah.
Keperluan terhadap orang lain bukan umpama kain buruk...
Bila perlu dicari, selesai mengelap dibuang. 
Akan dicari semula bila perlu.
Tak dipeduli, tak dihirau... Malah diletakkan di tempat yang tak siapa pun mahu. 
Namun, andai sudah begitu jalan yang perlu diteruskan.
Melangkah la juga. 
Moga bertemu simpang keluar...
Atau... 
Penghujung jalan. 

Thursday, October 8, 2020

Kekuatan

Kita takkan tahu berapa lama kita boleh bertahan berada dalam satu keadaan.
Dan kita juga tak tahu berapa lama keadaan itu akan  berlangsung. 
Bila sedih kita harap ia cepat berlaku... 
Bila gembira kita harap it last forever! 
Kemudian, bila keadaan lain pula muncul... 
Apa yang baru berlaku sebentar tadi, berlalu bersama waktu dan kadang dilupa tanpa kesan. 
Sesungguhnya, kehadiran kita juga akan jadi seperti ini... 
Bila ada terasa, bila tiada akan di kenang ataupun dilupa tanpa sisa. 

Wednesday, July 31, 2019

Back stabber

Lamaaaaaa sungguh tak mengepos kt ruangan ini, entah ada yang membaca entahkan tidak... Tapi Xkisahlah, sebab ruang ini gunanya untuk meluahkan rasa yang tak terluah kan...
Ada banyak perkara berlaku sejak post terakhir, tapi nampaknya macam ia berlalu begitu saja...
Namun, kali ini dek terkesan berkali-kali dengan stigma back stabbing (pukul belakang) yang acap kali berlaku malah oleh orang yang tak disangka-sangka pulak tu...
Kat mana-mana ada rupanya makhluk ni... 😅
Aku hairan, apa yang dia rasa bila buat macam tu kat orang ye?
Apa yang dia dapat selain dari melihat kesakitan orang lain ye?
Aku lebih kepada terkilan je... Sebenarnya buatlah macam mana sekali pun, klau dah kata akan kena perkara macam ni ia mungkin memang tak boleh dielak... Cumanya, satu pelajaran baru akan  berlangsung... Dan penerimaan aku serta dia yang akan menimbulkan kesan.
Aku sangat rasa perlunya untuk berdepan dan bertanyakan KENAPA?
Tapi, kene ke?

Situasi:

Telinga mendengar satu perbincangan yang jelas berkaitan dengan kita, namun kita memilih untuk berdiam diri kerana perkara itu tidak ditanyakan secara berdepan dengan kita. Salah kah kalau kita yang tahu penyelesaian kepada perkara yang dibincangkan bertanya dan menawarkan diri untuk membantu?
Menjadi dosa ke kita membantu orang?
Kemudian kita dengan seronoknya bercerita kan situasi tersebut dan mencanang tindakan kita tanpa rasa bersalah bila dapat tahu masalah timbul kerana jalan penyelesaian yang Mereka ambil itu salah...

Menyedihkan! Tapi ini yang berlaku...

Sunday, April 30, 2017

Berubah

Nasib tidak akan berubah jika kita tak mengubahnya...
Kita tak kan dapat mengubah Orang lain untuk jadi seperti yang kita mahu, jadi ubah lah diri sendiri untuk dapat kan apa yang kita mahu...

Aku punya segalanya... Berlimpah kurnia dan anugerah dari Yang Esa.
Tak terhitung, tak terduga...
Tiap saat nak dihitung tidak terbilang dek detik putaran waktu...
Apa lagi yang aku perlu?
Tiada apa, cuma kehendak perasaan yang bercampur baur ingin dipenuhi...
Namun, jika ini sahaja santapan jiwaku...
Cukuplah...
Sememangnya ini sudah memadai buatku.
Kiranya ada lebihan di waktu ke depan, ku sambut menadah seluas depa...
Setiap hela nafas yang mengharapkan aku ini, aku baktikan sepenuh raga...
Akan aku pertahan hingga hujung nyawa...
Menyayangi, mengasihi, mendidik dan memimpin selagi ada dayaku...
Tiada apa lagi yang aku mahu selain dari Kamu, cahaya untuk aku harung alam kemudian.
Terangilah, gemerlap kan lah... Moga sinar kasih kalian sentiasa ada untuk ibu.

Tuesday, April 18, 2017

Bosan

Ada orang bila bosan dia main game...
Ada orang bila bosan dia tido...
Ada orang bila bosan dia main game lagi...
Ada orang bila bosan dia main game lagi dan lagi...
Ada orang bila bosan dia main game lagi dan lagi dan lagi dan lagi tanpa henti hingga terlelap dan bangun main game lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi mungkin sampai mati!

Aku bila bosan mungkin tido, mungkin main game, mungkin kemas rumah, mungkin lipat kain, mungkin buat kek, mungkin buat coklat berkekacang, mungkin upload post pasal bisnes kat FB, mungkin gi dok kat depan tengok tv, mungkin tengok criminal minds kat KODI, mungkin goreng Samosa Opah, mungkin buat air jus dari puri buah2an, mungkin cuci bilik air, mungkin sapu sampah dan aku memang tengah sangat bosan sebab aku boleh up post ni kat blog!!! 

Banyak juga sebenarnya yang boleh dibuat bila bosan... tambahan pulak ada banyak sebenarnya benda, perkara dan mereka di sekeliling kita.

Tapi kenapa ada orang hanya meilih satu perkara sahaja untuk dibuat tanpa mengira keadaan...nak makan, nak tidur, nak bawak kereta, nak menumpang kereta, nak shopping, nak berlibur di petang hari, nak naik lif, nak berak...hanya boleh main game ke?

bosan gile kut!!!

Friday, February 24, 2017

What a waste!

After all these years... Still...
What a waste!!

Sunday, January 15, 2017

Mati vs Hidup

Bila semasa hidup asyik mengadap benda mati... Kami yang hidup ni terasa seolah dah mati.
Adakah tatkala kami sudah mati, mahu meraung agar kami hidup kembali?
Tiada maknanya kehidupan kami ini, cuma mungkin dengan kematian baru kesedaran itu muncul.
Tapi, ia bakal menjadi jalan pengajaran yang susah.
It's your choice.

Monday, December 19, 2016

Rindu

Kadang tak sedar airmata mengalir... Sembab mata dah tiada beza...
Makin hari makin sayu...
Makin sebak dan sesak nafas ini merindu.
Menyesali perkara yang tak mungkin dapat diputar kembali.
Menangisi pemergian yang mendadak, tanpa pesan, tanpa sebab...
Menjauhi seakan benci...
Berpaling seolah tiada lagi rasa di hati.
Sedih dan gundah gulana.

Jika begini rasa kehilangan, aku harap tidak memiliki...
Jika begini rasa dikhianati, aku harap tidak mengenali...
Jika begini rasa dibenci, aku harap tidak pernah menyayangi.

Semoga gelita hati ini kian terang...
Semoga kesakitan hati ini kian pulih...

Berikan aku kekuatan... Agar aku mampu bangkit.
Berikan aku keyakinan... Agar aku mampu melangkah.
Berikan aku ketabahan... Agar aku mampu menolak emosi.
Berikan aku kesabaran... Agar aku mampu tersenyum lagi.

Kali ini paling sakit...
Kali ini paling perit...
Kali ini paling Sedih...
Kali ini paling pedih...

Aku sudah rebah tersembam ke bumi. Sedang cuba untuk bangkit bertongkat dagu.

Hampir saja aku mengalah, menyerahkan semua... Namun, kasihNya masih ada.
Dia alihkan pandangan ke luasnya alam... Buat aku sedar masih ada yang berpaut pada ku, makanya aku perlu bertahan. Aku perlu untuk bangun... Walau pun kini seinci aku cuba bangkit, seinci juga aku tergelincir dek kenangan. Malah, tika ini... Airmata ini bergenangan dan mengaburi penulisanku.
Tuhan, bantulah aku.

Saturday, December 17, 2016

Curi

Atas apa juga alasan, yang salah tetap salah. Yang haram tetap haram.
Mencuri adalah salah, biar pun niatnya murni. Kenapa perlu pilih nak mencuri? Kenapa nak juga buat perkara yang salah? Kurang pelajaran? Itu adalah pengetahuan am kut?! Mencuri dosa. Semua mak mesti pernah beritahu kat anak bahawa mencuri berdosa, nanti kena potong tangan! Kalau budak hingusan yang mencuri mungkin masih boleh diberi muka, hukumlah sikit. Tapi ni bila dah tua bangka, nak mampus... Masuk bilik orang, selongkar laci dan curi duit RM200... Apa agaknya yang ada dalam kepala otak si tua bangka tu ek? Adehlaaaaa... Solat tonggang tonggek, kupiah atas kepala 25jam pun tak menjamin hati tu bersih! Nak nak duit banyak diperabih ke judi, tengok nombor 27jam!
Mujurlah orang tua... Kalau tidak, entahlah...
Jangan jangan... Duit yang selama ni asik hilang je, adalah angkara si tua bangka tu!

Tuesday, November 15, 2016

JT HODGES - MY SIDE OF THE STORY

A cold wind blows, I am shivering
My body aches, as my heart is breaking
Why is life making me hollow
Why is happiness casting me in the shadows
In the shadows

Hold on, don't turn and walk away
Save me
And I cried these words but nobody came

I'm all alone, running scared
Losing my way in the dark
I tried to get up, stand on a prayer
But I keep crashing down hard

This is my side of the story
Only my side of the story
Nobody cares, nobody's there
No one will hear, my side of the story

Emptiness, it's all around me
I tried to catch my breath
I'm barely surviving
And I can't go on and I come undone
And there's nothing left in me

Hold on, don't turn and walk away
Save me
And I cried these words but nobody came

I'm all alone, running scared
Losing my way in the dark
I tried to get up, stand on a prayer
But I keep crashing down hard

This is my side of the story
Only my burden to bear
Nobody cares, nobody's there
No one will hear

As I fall down
As I fall in

I cried these words but nobody came

I'm all alone, running scared
Losing my way in the dark
I tried to get up, stand on a prayer
But I keep crashing down hard

This is my side of the story
Only my side of the story
My side of the story
Only my burden to bear
But nobody cares, nobody's there
No one will hear
My side of the story

Friday, November 11, 2016

08102016

Muhammad Abas...
Semoga menjadi pelindung dan pembela yang berani buat ibu, abang dan kakak2...
Sayang Kamu!

Anak

Anugerah yang sangat bernilai. Tak terbanding dengan segala harta benda di dunia. Tak terbayar dengan segunung emas permata.
Biarpun betapa penat, jerih, payah, sakit dan perit melahirkan, mengasuh, mendidik, melayan dan menyayangi dari tubuh cuma sebesar 2 telapak tangan hinggalah dah pandai mengurus diri sendiri...
Betapa setiap hari memerhati, membelai dan menikmati masa masa yang diluangkan bersama sambil mendodoi tidur, berpeluk, berdukung mententeramkan tangisan halus si kecil... Fikiran melayang membayangkan berapa besar tapak tangan sekecil dua batang Jari ini akan membesar?
Bagaimana lunak suara yang nyaring ini akan melantunkan bunyi menyebut perkataan pertamanya?
Derap tapak kakinya dari jauh pun boleh didengari...
Dia si anak yang sentiasa dirindui, disayangi, diingati, dikasihi... Hingga hujung nyawa ini...
Dia si anak yang sentiasa dinanti doa dan sedekah buat ibu dan ayah yang bakal menghuni barzakh...
Semoga anak-anak ku cemerlang di dunia dan akhirat.
Semoga anak-anak ku sentiasa dirahmati dan diberkati.
Semoga anak-anak ku sentiasa dilindungi dan terpelihara dari azab api neraka.
Amin.

Tuesday, January 5, 2016

Terima kasih

Terima kasih untuk semua perasaan gembira yang pernah aku rasai...
Terima kasih untuk semua kebahagiaan yang telah aku lalui...
Terima kasih untuk semua nikmat yang telah aku kecapi...
Terima kasih untuk senyuman yang pernah menghiasi bibir ini...
Terima kasih untuk anugerah yang aku pinjam ini...
Terima kasih untuk rezeki, harta benda, wang ringgit yang telah diberikan...
Terima kasih untuk semuanya...

Maafkan atas segala kesilapan dan kesalahan yang terzahir di tutur kata, terlihat di tingkah laku dan yang terdetik di hati.

2008 - 2015... Sayang untuk ditinggalkan, sedih untuk diingati...

Saturday, January 2, 2016

2016

Ketibaan tahun baru kali ini diiringi kisah yang amat menyakitkan...
Tipah tertipu lagi...
Namun, apa yang aku harap ialah pergilah kekusutan ini...
Janganlah muncul lagi...
Jangan pernah menunjuk bayang lagi...
Hilanglah bersama penipuan terakhir dan pembisuan yang tiba tiba itu!
Tiba tiba...
Tanpa berita, tanpa kata kata, tanpa penjelasan...
Aku menunggu bersama pembohongan...
Aku ditinggalkan dengan ketidaktahuan...
Aku menjawab sendiri segala persoalan...
Lalu...
Tiba pula hari ini...
Aku persiapkan semua...
Masih berbaki sebekas dua...
Takkan aku sisakan kesan itu...
Peninggalan yang kekal hanya ada mereka. Ku harap tiba juga nanti...
Hari yang bakal aku mulai tanpa akan ada bayangan itu lagi!

Get lost and go to hell!!

Thursday, September 11, 2014

Hari ini...

Aku masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini. Ada beberapa perkara baru yang perlu aku fikir dan masukkan ke dalam rutin harian. Pun begitu ada juga perkara yang aku dah tak payah nak buat dan fikir buat sementara waktu ini.
Pertama, sudah pastilah kehadiran Amni Nasyrah. Hari ini dia baru berusia 46 hari. Masih kecik, masih baru dan masih banyak yang perlu aku pektis semula selepas kelahiran Asfa Nadha yang kini sudah pun berumur genap 1 tahun 9 bulan hari ini. Keduanya menyusu badan dan aku dah rasa macam beranak kembar je. Aku sepenuh masa di rumah dan semestinya aku nak kena jaga dua orang anak kecil ni. Sungguhpun begitu, Asfa Nadha agak matang berbanding umurnya. Sebab dia dah faham semua yang orang cakap. Asfa Nadha pandai mengekspresikan kehendak diri dengan perkataan dan perbuatan. Walaupun mungkin patah perkataan masih belum betul sebutannya tapi bunyi dah jelas dan aku faham semuanya. Tapi bila tiba bab perbuatan, memang kadang aku jadi tak sabar. Asfa Nadha dan Muhammad Aqil Ahnaf adalah sangat berbeza. Asfa Nadha berani dan suka bermain sendiri. Agak berdikari dan memang agak keperempuanan. Asfa Nadha pandai main anak patung dan melayaninya macam Baby. Pandai makan sendiri dan tak mahu disuap. Semua nak buat sendiri. Suka menulis dan suka hati dia je nak tulis kat mana. Dinding, sofa, TV, cadar dan kaki sendiri adalah tempatnya. Alhamdulillah buat masa ini Asfa Nadha suka adiknya. Ada peluang je nak cium dan pandai nak main dengan adik. Harap2 makin besar makin rapatlah dua orang ni. Muhammad Aqil Ahnaf pun memang dah pandai main dan jaga adik. Dia memang terlebih matang dan boleh diharap. Cuma ada masa dia slow dan agak annoying... Hmmm... Apsal aku nak harap tinggi sangat kan? Dia budak lagi.. Aku akan ajar dan terapkan nilai-nilai yang baek agar kelemahan dia boleh diperbaiki. Bagi aku, Muhammad Aqil Ahnaf dah cukup hebat sebagai seorang anak. Insya Allah.
Aku baru daftar Muhammad Aqil Ahnaf ke pusat pengajian tahfiz dan KAFA di al Baghdadi. Aku amat berharap di sini dia akan belajar mengenal Allah, Rasul dan belajar agama. Nak harap aku mengajar dia semua tu... Hmmm... Jenuhlah... Aku cuma boleh mengambil peluang bercerita apa yang aku tahu saja. Banyak jugak yang aku tak tahu lagi. Jadi, aku pon sama2 belajar.
Aku bercuti bersalin bermula dari 27 Julai 2014 selama 90 hari. Kemudian akan sambung cuti tanpa gaji selama setahun. Jadi, sudah pastilah rutin harian dah berbeza berbanding sebelum ini. Kena jaga dan uruskan Amni Nasyrah, Asfa Nadha dan Muhammad Aqil Ahnaf. Kena uruskan rumah dan suami. Pulak tu mama, abah dan, Ain masih tinggal bersama dengan aku. Mungkin sehingga hujung tahun ini. Tapi ada mereka atau tiada takkan banyak beza cuma tiada siapa yang akan bantu aku di rumah lagi. Kalau tidak, mama akan tolong aku masak, kemas rumah, jaga Amni Nasyrah dan Asfa Nadha. Tanpa abah pula, siapa yang akan bantu aku buang sampah setiap hari? Tanpa Ain? Hmmm... Lega sikit kut... Sebab dah tiada rakan sebilik Muhammad Aqil Ahnaf yang pemalas dan hanya tahu buat hal sendiri je...
Pada hari biasa... 
Pagi kena selepas Muhammad Aqil Ahnaf ke sekolah, sedia sarapan, layan suami sebelum dia ke pejabat, kemas dapur, uruskan kain, mandikan Amni Nasyrah dan Asfa Nadha.
Tengahari, masak dan amik Muhammad Aqil Ahnaf di sekolah, sediakan dia sebelum hantar ke al Baghdadi di Presint 8. Mama akan tolong jaga Amni Nasyrah dan Asfa Nadha. Masa tengahari ni bolehlah rehat2 sikit. Itupun kalau tiada baju yang perlu dilipat, rumah yang kena disapu dan anak yang perlu dilayan.
Petang, persediaan untuk makan malam, amik Muhammad Aqil Ahnaf, uruskan Asfa Nadha dan Amni Nasyrah.
Malam pula agak santai dan akan digunakan untuk cover keja rumah yang tak selesai di waktu siang tadi, bantu Muhammad Aqil Ahnaf buat kerja sekolah serta ulangkaji dan melayan suami.
Aku juga sedang melabur dan menjadi stokis utama RCC. Produk gula Stevia. Tujuan aku jadi stokis ni pun sebab nak tolong mak dan ayah. Aku tak buat bisnes pun, jadi stokis semata.  Siapa nak barang boleh beli dengan aku. Aku uruskan stok dan modal pusingan... Setakat ni untung masih belum dirasa.  Tapi kira hebat jugak bisnes ni sebab belum pun sampai sebulan, aku dah dapat 80% modal dan dah restock barang. Aku harap apa yang mak dan ayah buat ni berbaloi dengan usaha mereka dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka dan sentiasa merahmati mereka.
Semoga aku makin sihat, tabah dan kuat untuk teruskan hidup ini. Semoga keluarga kami sentiasa dirahmati dan diberkati. Semoga perubahan pada diri Kamu berhasil dan berterusan hingga ke akhirnya. Semoga Muhammad Aqil Ahnaf, Asfa Nadha dan Amni Nasyrah menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.
Hingga tiba di ketika yang lain untuk kisah yang baru walaupun akan dalam rutin yang sama.

Monday, August 25, 2014

Beza

Terdapat banyak perbezaan antara Manusia... Banyak juga perbezaan antara lelaki dan perempuan...
Begitu juga berbeza suami dan isteri...

Seorang isteri akan sanggup je menunggu suami balik walaupun lewat malam, walaupun mata dah merah menahan ngantuk, walaupun badan dah seharian keletihan...
Namun suami, tatkala sampai saja di rumah...
Paling dah cukup baek pon dia akan bertanya kenapa tak tidur lagi? Selalunya, suami akan terus saja masuk bilik buat hal dia sebelum masuk tidur. Tak kisah pun isteri tu akan tidur bersama atau tidak...

Seorang isteri yang dapat tahu suami sakit akan segera mencari ubat dan cuba menyenangkan suami... Walaupun hanya sakit mata.
Suami pula, sekadar bertanya... "Dah makan ubat? Pergilah berehat." dan mungkin menjauhkan diri atas alasan takut berjangkit. Tanpa peduli perasaan isteri yang perlukan seseorang lebih di kala kesakitan...

Seorang isteri akan menzahirkan kerinduan apabila berpisah atau berjauhan untuk beberapa ketika...
Tapi suami, mungkin anggap berjauhan adalah masa untuk menenangkan diri dan fikiran. Walhal, masa yang dia ambil untuk berjauhan itu seolah-olah pengabaian terhadap tanggungjawab menjaga keluarga...

Suami...
Klau masih hanya diri sendiri, kerja sendiri, masa lapang sendiri yang dikisahkan... Rumah, anak, dan keluarga diserahkan kepada isteri untuk fikir... Hmmm... Itu adalah kelemahan yang paling buruk dan kedayusan yang paling nyata!